Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

being smart or stylish parents?

bila tau je nak jadi ibu bapa, mesti rasa excited. berkobar kobar nak sediakan segala yang terbaik untuk anak anak. belum pun masuk trimester ketiga, macam macam benda dah dibeli sebagai persediaan. semua nak dibeli sebab rasa macam keperluan dan kononnya bukan kehendak. beli kebanyakannya yang branded, almaklum alah membeli menang memakai. anak belum lahir tapi dah habis beribu. tu tak masuk expenses bersalin. tu pengalaman bonda masa anak pertama. bila masuk anak kedua, dah belajar dari kesilapan. beli mana yang penting sahaja. bila jadi mak ni, semua nak yang terbaik untuk anak. masa izz dulu, boleh katakan tiap tiap bulan mesti beli baju baru, mainan baru yang mahal. beratus habis hanya untuk dia. tapi bila tetiba dilanda zaman kegawatan selama setahun, bonda belajar untuk berjimat cermat. beli hanya yang betul betul perlu. susu, pampers memang wajib. baju baru pun beli time raya je. untuk hasya recycle balik baju hariz. setakat baju basahan, xde salah pun pakai baju peninggalan

Syawal 2013

syawal semakin meninggalkan. dan syawal ini yang pastinya paling terkesan dalam hati. pertamanya, ibu dah selamat bernikah. pasangannya seorang yang sangat baik dan warak di mata. jodoh yang amat pantas. kenal dan terus diputuskan untuk bernikah. dan 18 ogos lepas, bonda dah ada ayah baru.. keduanya, selepas ibu kembali menemui bahagia.. luka dihati terasa hilang. hilang rasa marah dan dendam kat abah. dan syawal ke 17 lalu, kami adik beradik beraya dirumah 'emak' baru kami.. dan untuk pertama kali bonda bersalam dengan perempuan itu. abah gembira.. sangat sangat. sebagai seorang anak, kegembiraan ibu bapa adalah kegembiraan dan kepuasan untuk kita. kecewa dalam hati memang bukan senang nak dihilangkan. tetapi kegembiraan yang bakal dicipta di masa masa mendatang insyaallah akan mengubati. ajal maut bukan kita tau. abah pun makin tua. sampai bila marah tu perlu disimpan. dan alhamdulillah terbuka hati untuk bonda melupakan dan memaafkan segalanya. bukan bonda yang layak untuk

garnicia cambogia a.k.a asam keping

bertemu kita lagi kali ini.. dah lama tak update blog. bukan takde benda terjadi tapi sebab takde idea nak susun ayat buat karangan. hihi sekarang ni memang tengah kemaruk nak cari cara nak kurus. kalau boleh memenuhi kriteria paling utama iaitu tetap makan tanpa ditahan tapi tetap boleh kurus. haaa kann. hobi tu. tetiba nak kena kurangkanla, kawal la.. adoii.. sapa sapa yang suka makan memang boleh paham kot. yang bonda tak paham sapa yang tak suka makan. ramai lak tu kat opis ni. hadoiiyai.. selain tu taknak makan produk kurus yang meragukan. takut nanti menjejaskan kesihatan terutamanya buah pinggang. sebab ikut statistik semakin ramai rakyat malaysia mengalami sakit buah pinggang kerana makanan tambahan begini terutamanya spirulina. ni bukan main petik je tau. ni fakta yang bonda baru baca kat majalah nona bulan ni tak silap. masa dok gugel gugel tu terjumpa artikel berkenaan garnicia cambogia kat women's health. wahh menarik. sebab rupenye ramai selebriti hollywood men

Abah.. selamat hari jadi

hari ni hari jadi abah yang ke 57. abah makin tua. tapi hari hari tua abah habiskan bukan dengan kami lagi. semoga abah bahagia disamping keluarga baru. ayong tak kuat lagi nak berhadapan dengan abah macam dulu. dikala gembira kita bersama. jadi, ayong doakan dari jauh... harap abah terus sihat, terus kuat dan dirahmati olehNya. note: sms ucapan hanya dibalas dengan tq. takde pun usaha nak amik hati anak anak. menci .... ><

misi kurus 2013

semua orang disekeliling dah berbunyi. bunyi yang enak didengar xpela. tapi ni bunyi bunyi berbaur samada kerisauan atau kejelesan. hahaha apsal nak jeles lak kan.. "manja, makin sihat la sekarang". "apsal makin gemok ni?"  "ayong nenek tengok makin gendut.. ngandung lagi ke?". "bini ko pregnant ke tom?" "tengokla bini orang yang bwk moto tu badan dia cmne, tapi kalau bi yang naik nnt tak balance" macam macam lagi... huhuhu kalau orang orang yang tak rapat yg komplen bonda steady lagi. tapi bila yang paling dekat dengan kita yang dok kritik sampai kadang tak pikir perasaan kita memang takleh terima. even salah kita yang konon tak pandai jaga badan so kenapa perlu nak sentap bagai, tapi diorang tak berhak nak mengutuk kita sewenang wenangnya. macamla korang tu perfect sangat. bonda je taknak sound balik. hati diorang je kena jaga. hati kita takpe kalau disiat siat... i feel down. lost confidence. jauh di sudut hati, bonda t

mai berkebun

mai mai tengok kebun saya yang berselirat ni kat tanah sekangkang kera belakang umah. almaklum bukan petani moden. petani asal boleh je.. hihi setakat ni dah berjaya tanam serai, kangkung, lengkuas, halia, kunyit, cekur, pucuk ubi, daun kari, pokok lada, daun pandan, pucuk manis, daun kari dan petola. yang tak menjadi pulak just daun kesum. maybe cuaca yang panas pun antara faktor pokok tu mati. setakat ni dah merasa 4 bijik petola hasil tangan sendiri. alhamdulillah....

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

majlis aqiqah dan hari jadi hasya yg pertama

Alhamdulillah.. minggu lepas hari sabtu bonda buat kenduri aqiqah untuk hasya, buat sekali untuk sambut birthday dia. kebetulan tarikh birthday dia 26, tp bonda sekalikan pada 25hb tu. lewat sket aqiqah ni dpt dibuat. tapi even lewat bonda tetap jugak nak memenuhi tuntutan agama untuk mengaqiqahkan anak sebelum aqil baligh. walau tak wajib tapi sunat muakkad. bila anak dah baligh dah jadi harus. bonda pun belum diqiqahkan lagi, jadi next plan kalau ada rezki nak buat qiqah untuk diri sendiri pulak. kenapa beria nak qiqah? kerana berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:  “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”  Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu: Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut; Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqa

dekorasi- living room entrance

2 minggu lepas ni dok sibuk mengecat dinding rumah. duduk dah 5 bulan lebih, tapi baru ada masa nak mengecat. sebelum ni sibuk kemas rumah yang tak kemas kemas tu. mana nak kemasnye, ada 2 pengecah terhebat kat rumah tu...aihhh so inilah hasil penat lelah en suami...alhamdulillah... oleh kerana budget constraint, so kami buatla sikit sikit nak hias rumah tu. idea asal untuk feature wall kat living room ingat nak pasang wall paper. tapi lepas kira kira dengan en suami, amboih.. beribu jugak. so kitorang explore cara lain menggunakan cat sahaja dengan konsep stripes seperti gambar diatas. sebenarnya kitorang agak kurang happy dengan kaler yang dipilih. sebab kat katalog lain, dah cat lain pulak. tapi nasibla lepas letak bunga tu dan console table, still boleh diterima. selain tu, kitorang belajar yang stripes di dinding ni baiknya guna 1 kaler pekat sahaja sebagai dominan. macam kes kami, ada 2 kaler disini yang agak dominan iaitu pink pekat dan hijau. tapi nasib baik ok jugak

hasya: 11 bulan

genap 11 bulan hasya baru pandai berdiri... tapi belum pandai jalan lagi. kitorg memang tak kesah pun hasya lambat jalan. sebab sekarang merangkak pun tak larat nak layan. suka sangat panjat tangga.. dengan hariz lak lagi..aduyaii.. so far development hasya lebih kurang hariz. 5 bulan dah mengesot, 7 bulan dah merangkak. cuma gigi hariz 5 bulan dah tumbuh. hasya 9 bulan baru ada.. hasya pun dah pandai lambai lambai kalau kita sebut babai..orang selalu tanya hariz suka kacau adik tak, jawapannya tak... diorang ni terbalik. hasya yang selalu dengki kat abang dia. pagi pagi bangun tido, dia akan merangkak menuju ke tempat hariz. pastu tepuk badan abg dia, takpun tarik rambut. paling best main langgar je badan izz sebab nak gi ke ayah. kitorg mengamalkan co-sleeping dari budak budak ni kecik lagi. guna tilam je takde katil. so tilam queen tu disambung berdua atas lantai. wahhh memang luasla..dan diorang plak tido memang buas. nak nak hasya. even kita dah hadang dengan berbantal b

PRU13:pray for good

bonda sekeluarga akan pulang ke jb sabtu esok pagi. ibu mengundi di serkat pontian, bonda mengundi di taman universiti skudai, dun nusajaya parlimen gelang patah. wahhh calon panas disitu. Lim Kit Siang vs Ghani. bonda tetap follow hal politik, tapi bukan sampai jadi fahaman. sebab ada jenis langsung takleh bawak berdiskusi. dia sorang je la yang betul. tapi ada jugak yang jenis cool. jadi kami saling berkongsi fakta. barulah bonda boleh nilaikan. setakat janji manis dan menifesto semua parti BN, PKR, PAS, DAP boleh bagi. semoga 6 hb mei nanti kerajaan yang dipilih bermula dengan baik, tak kirala BN atau pakatan, semoga malaysia tetap tenang, aman dan sentosa...

jalan jalan ke aquaria

last week sabtu kitorang plan gi aquaria bawak izz dgn hasya. ingat nak gi klcc park sekali main air, tp sebab sekarang tgh merebak wabak H7N9 (yeke no ni..) tu yang cancel tu. biasela kan, lebih baik elakkan dari terkono... si hariz masa queue tu buleh tertido dalam stroller. malas nak kejut sebab dia baru tido. hariz jenis tak penangis kalau kejut, tapi kesian lak nak kaco. bagi dia lelap dulu. dah masuk baru kejut suh tengok ikan... hariz memang excitedla tengok ikan, tapi si hasya lak merengek je. tau la minah sorang ni. dah bawak selimut busuk pun menangis jugak. dia mengantuk tu sebenarnye tapi sebab terang dengan bising susahla nak tido. kalau letak dalam buai tu hmm memang selamatla dia lelap. tapi yang kena melayan nye bonda la. ayah dah layan izz.. (pandai ayah escape...) bonda dan hariz yang baru bangun tido sampai je umah semua lepak.. tapi bestla dpt spent time dengan suami dan anak anak... dah lama tak jalan jalan cmni gara gara kegawatan ekonomi hehe  Hasya

hariz & hasya PI

anak anak adalah segalanya kepada seorang wanita bergelar ibu. kita mampu menjadi kuat dengan hanya memikirkan mereka. kalau tak kerana nak besarkan diorang, nak bagi kesenangan, kemudahan dan sebagainya memang takdenya bonda larat nak ulang alik KL-Semenyih hari hari. kuar gelap, balik pun hari dah gelap. sampai umah dah cecah 9-10 malam. hariz sekarang dah 2 tahun 9 bulan, hasya pulak dah 10 bulan. dua dua dah makin membesar. dengan perangai memasing yang unik. hariz dah macam anak bujang. suka tengok tv sampai larut malam. pukul 1,2 pagi baru nak tido. memang tak laratla nak layan dia sampai waktu camni. tak bagi tengok kang mengamuk. dia lak berani betul, tengok tv sorang sorang kat tingkat bawah. dah rasa nak tido pandai tutup tv sendiri dan masuk bilik atas untuk tido..haih. bonda tau itu bukan tabiat yang baik, tengah berpikir dengan en hurai apa cara terbaik nak kawal hariz dan tv nye tu. si hasya lak nama je pompuan. tapi lasak mengalahkan hariz. kejap je dah kat tangga, ke

taska kt PS2

ibu ibu sekalian... jgn risau semakin banyak taska di PS2 seperti cendawan tumbuh lepas hujan. dekat amber je yang bonda tau ada 2. diorang pass pamplet haritu dalam mailbox. bonda sajela tanya berapa diorang caj untuk bayi dan toddler. mak aii...haaaa sedia duit jela gamoknye... taska zara ceria no 31, jln tps 2/11 (amber) pn hazlina 0122044499 mengenakan caj rm350 utk bayi (errkk..), dan rm280 untuk toddler (errkkk erkkkk...). playschool plak disediakan untuk kanak kanak berusia 3-4 thn bermula 9am-11am setiap hari, rm250. taska nur kasih 0193469376. (taktau lagi rate...masih berhubung. akan diupdate kemudian)

susu ilham cair???

last week bonda beli susu ilham sebab halib dah habis stok (wahhh dasatla halib sekarang)... tapi musykil dengan susu ilham kali ni. warna dia lebih putih berbanding biasa yang agak kuning kuning gitu, pastu bila dah campur dengan air susu cair je tak pekat. hariz pulak bila minum macam nak tak nak je. nak tanya pun bukan dia paham. tapi dari reaksi dah boleh tau susu tu tak sedap. huhu mengapa begitu... lepas tu bonda tanyala dengan pengedar susu ilham tu (shazrina, pelangi semenyih). dia bgtau ilham dah upgrade kualiti susu diorang. dan sumber dari Pn fatimah pegawai nutrisi susu ilham menyatakan penambahan pre-biotik kpd kandungan ilham membuatkan susu lebih halus dan berwarna putih kerana gred susu telah dipertingkatkan. jika dibandingkan susu grade A yang lain ia menepati piawaian sedia ada & lebih bagus kerana ada campuran badam, kismis dan terapi la quran. tapi persoalannya, kenapa susu tetap cair walau mengikut sukatan? kenapa hariz dah tak berselera minum seperti dulu

susu part 4: tak serasi bersama

rupe rupenye hasya dan susu ilham/halib tak serasi bersama... sebelum ni penah bagi hasya minum halib dan ilham, tapi takde masalah masa tu. bonda start tukar susu lepas berat hasya tak naik naik masa minum halib/ilham sebulan lepas. bila tukar tu kebanyakan nya tak sesuai, ada tu dia takmo minum sangat, selain tu hasya cirit birit. . habis luka luka punggungnya yg comey itu. pastu bila bonda dah tak tau nak bagi susu apa, bagi balik susu ilham. ehhh.. cirit pulak tetiba. hmm dah tak serasi la pulokkk.. sekarang ni satu satunya susu yang diterima baik oleh hasya, kena dengan tekaknya,  ialah LACTOGEN. susu nye murah je sekotak dalam rm18+. oh anak.. bonda beria nak bagi susu mahal mahal..last last susu mampu milik juga yang sesuai. so sekarang hanya hariz je minum ilham dan halib. itu bonda confirm sesangat. dan bonda tak nak menggatal menukar susu hariz dah. dan hasya, bonda susukan dengan lactogen je.

# bonda suke...

haritu bonda tengok Immortal Song 2, produksi KBS dari Korea. dan lagu ni betul betul meruntun hati bonda bila mendengarnya...dan penyanyi ni, jung dong ha.. i love your husky voice... the translation: I have a dream, Even if I'm thrown away or ripped to shreds Deep in my heart I have a dream as precious as gem If by chance, without a reason, Somebody ridicules me behind my back I should be patient I would wait just for that day. As you always worry, You say that foolish dreams are poisonous. Just like a book that tells us about the end of the world There's the reality that we can't turn back already Yes I have a dream. I believe in that dream Please watch over me Standing in front of that cold wall called fate I can firmly face it One day I will pass over that wall And be able to fly As high as the sky This heavy thing called life can't tie me down At the end of my life, on the other day that I can smile, let's be together Yes

wajah cerah dgn safi rania gold

bonda jenis kulit sawo matang. pantang kena matahari senang gelap kulit tu. dari kecik plak aktif bersukan, berkawat...jadi muka tu maintain je la dalam kegelapan hehe. masa sekolah dulu, orang sibuk pakai fair n lovely, bonda pakaiiii.. tp looks lovely jela, tak fair pun. poyo..tapi en hurai kata memang i looks sweet n lovely dulu..haha. even tak bersih tapi takde jerawat. masuk matrikulasi, gatal guna nivea skincare. masalah jerawat bermula bila mix guna dengan loreal punye produk. haaa ambik. keluarla jerawat sampai muka dah mcm kulit katak. memang stress time tu. bila dah keje bonda pakai olay total effect. kulit sekata dan jerawat cm katak tu lama kelamaan surut tapi camtu jela, tak cerah mana pun. muka nampak kusam je. boring. lepas tu bonda pakai safi tutup hijau tua tu sebab masa kerja kat pizza hut, jerawat naik balik kat muka macam gunung berapi. besar besar dan selalu meletus dengan lava yang banyak kalau dipicit. mana tak naik jerawat, kerja bergelumang dengan cheese kat

tambah loan utk renovation rumah??

Bonda terbaca kat post fb PS2, ada kemudahan untuk tambah loan dgn bank untuk dapatkan cash. dan duit tu boleh digunakan untuk renovate rumah. satu pilihan yang menarik, tapi adakah perlu? hati dan akal bonda membuat keputusan. hati kata nak, akal kata jangan, pikir dulu... kalau amik, means monthly payment dah naik. so monthly expenses pun naik. sekarang mungkin mampu bayar, tp kalau tetiba ada something happen, BLR naik ke, or hilang pekerjaan ke..tak ke payah nanti. lagipun bonda amik bukan fixed rate, tapi BLR. rate boleh berubah tak kira bila.so 1 NO.. bonda berhasrat untuk habiskan loan rumah secepat yang mungkin. mungkin target 10-12 tahun. dan takdelah terjerat sampai 30 tahun dengan loan rumah ni. jadi, takdela kita mengkayakan en bank. ada step step yang buleh diikut, yang pastinye memerlukan disiplin yang tinggi dalam mengendalikan hal duit ni. duit yg ada jgn dibazirkan sgt. gunakan untuk bayar loan rumah. setahun ni pulak memang ada masalah kewangan sket. sbb tu nak m

sorry hasya

lately hasya asyik tak sihat. masa pindah haritu dia kena viral rashes satu badan. doctor ingat dia campak, siap amik darah bagai. dan nasib baik bukan campak. dan nasib baik juga tak beserta demam. tapi, hasya memang meragam jela. mungkin sebab gatal kot.. hish sian anak bonda. tak lama demam pulak. dah 2 minggu selsema tak baik baik. bagi ubat zyrtic, yang memang sesuai dengan hariz, tapi dengan hasya tak cepat baik pulak. doctor pun ada bg ubat lain salbutamol untuk kahak dan apa ntah nama ubat lagi satu tu..tapi tak baik jugak lagi. hari sabtu ni ada appointment lagi dengan doctor Eric kat TDMC, hopefully dah baikla hasya time tu. sebab injection 6 bulan tak amik amik lagi. tapi yang bonda frust tengok badan hasya yang makin susut. bonda memang salah dalam hal ni. dulu masa hariz, bonda memang semangat masakkan makanan hariz. tapi untuk hasya, masa yg ada membataskan bonda untuk menyediakan yg terbaik untuk dia. sebab hasya cerewet pasal makan. bagi bubur tak nak, bagi keledek

susu part 3: sembelit lepas minum susu ilham/halib?

kebanyakan kawan kawan bonda alami masalah sembelit lepas bagi anak anak diorg minum susu halib/ilham. sama jgk dgn anak anak bonda. jadi penyelesaiannya mudah sahaja, just kurangkan sukatan susu. kalau ikutkan 50ml utk 1 scoop, tapi utk hariz 300ml bonda just letak 3 atau 4 scoop. utk hasya, kalau 150ml, bonda letak 1 scoop. dan lepas kurangkan sukatan, masalah sembelit dah takde. Alhamdulillah...

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je. itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70,