Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

susu part 3: sembelit lepas minum susu ilham/halib?

kebanyakan kawan kawan bonda alami masalah sembelit lepas bagi anak anak diorg minum susu halib/ilham. sama jgk dgn anak anak bonda. jadi penyelesaiannya mudah sahaja, just kurangkan sukatan susu. kalau ikutkan 50ml utk 1 scoop, tapi utk hariz 300ml bonda just letak 3 atau 4 scoop. utk hasya, kalau 150ml, bonda letak 1 scoop. dan lepas kurangkan sukatan, masalah sembelit dah takde. Alhamdulillah...

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je. itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70,