Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

deko raya 2014: dining

uih dah lama bonda tak menepek di blog sendiri. raya ni sibuk dengan keje. jadi tak de masa sangat nak mengemas. raya ketiga baru kemas umah. itupun bahagian dining. bilik bilik masih macam tu jugak dari pindah. hahaha.. sakit mata nengoknya.. dengan hariz dan hasya yang kaki kecah, proses mengemas memang tak habis habis la... raya kali ni, baru dapat cat ruang depan. amik ton bumi je. coklat cair camtu. beli standard colour nippon paint, 5Liter rm25 camtu. kerusi makan plak haritu suma dah rosak. so kena la jgk beli baru. beli je kat ikea, senang banyak pilihan dan affordable. so kali ni dekorasi ruang lebih kepada konsep minimalis dan simple serta moden dengan budget yang agak terhad. bonda suka letak gambar kat dinding sebagai tanda kenangan yang boleh ditengok ditatap selalu. banyak frame lagi tak letak, nanti pikir mana sangkut yang lebih tu hehe... lukisan hijau tu plak en hubby yang lukis. so save duit dari beli kat luar.. nampak tak bunga ros merah kat atas meja tu? ha

ayam az zain

salam semua.. lama menyepi blog ni.. nak share sket pasal ayam az zain. sapa penah makan? kalau x penah tryla.. ayam ni diusahakan oleh dr zainol, ayam bebas injection, patuh syariah dan pemakanan ayam yang dikawal. untuk makluman, bonda dah jadi dealer untuk ayam ni. sesapa yang berada disekitar pelangi semenyih 2 boleh hubungi bonda untuk mendapatkan ayam ni... ayam frozen azzain dah siap dipotong dan dibungkus dengan baik oleh pengilang untuk menjaga kebersihan dan kesegarannya.. semalam kawan beritau, anak kawannya yang allergic makan ayam suntik sebelum ni dah boleh makan ayam dengan gembiranya tanpa risau lagi masalah allergic seperti sebelum ni alhamdulillah...

impian bonda: hariz belajar tahfiz

berita kematian arwah ammar, membuat bonda merasa cemburu. cemburu dengan ibu bapanya, kerana mampu melahirkan dan membesarkan anak seperti arwah. dan bonda juga tak mampu menjadi seperti arwah... astagfirullah.. jadi bonda bertekad dengan langkah pertama, untuk menghantar hariz ke sekolah tahfiz berdekatan. belajar dan menghafal alquran di darul huffaz. masyaAllah, mahal jgk yurannya. Ya Allah, Kau permudahkanlah dan limpahkanlah rezeki kami sekeluarga. semoga aku mampu menghantar hariz belajar disana. semoga aku dapat melahirkan generasi penyambung agamaMu..

resepi potato salad with bacon halal~

last week taman ada buat majlis bbq dengan jiran jiran. bonda kena buat 2 resepi wajib, koktel dengan coleslow. bajet tetamu dalam 150 orang. haaa ko...pening bonda nak pikir berapa biji kobis, berapa tin susu etc..pastu hati rasa cam nak tambah menu untuk pot luck. so gugel jumpa resepi potato dengan bacon ni. ada macam macam resepi, last last ceduk sana ceduk sini, siap jugak salad ni.. bila en tom puji lega hati. kira pass la sebab dia ni boleh tahan cerewet bab makan... sebenarnya ralat sangat sebab tak sempat langsung nak ambik gambar ketiga tiga menu tu. busy dari bangun pagi sampai majlis berlangsung lepas maghrib tu. kaki dah macam nak patah. dengan bibik bonda sekali sakit satu badan. yela, bukan setakat nak buat menu ni, jaga anak lagi, masak makan lagi, ngemas lagi.. dahla kena catu air.. basuh pinggan pun dok cangkung kat bilik air.. so xyah cakap banyak dah.. here we go 10 biji red potato 1 peket meat bacon halal beli kat tesco olive oil 1 sudu kecik black pepper

misi kurus part 2

bukan senang nak kurus.. tapi senang nak gemuk huhu perumpamaan untuk bonda selepas menginjak umur 30-an. bonda dah cuba makan asam keping. dah cuba exercise. dah cuba kontrol makan dengan kira kalori. ikut cara kevin.. tapi tak jalan.. tapi bonda dah jumpa cara lain yang sesuai dengan citarasa dan lifestyle bonda yeah.. i lost 3-4kg. not so much. tapi yang penting badan fit balik. dan boleh pakai baju lama. yang paling penting baju tunang boleh sarung balik.. Ya Allah sukenye aku.. muahahaha golek golek kejap... caranya, tiap tiap pagi masuk opis bonda minum green tea panas. brand ahmad. okla rasanya.pastu breakfast, lunch dan dinner makan sepuasnya.. tapi syarat NO KARBO in your plate. untuk 2 minggu pertama, jangan makan karbo, gula dan buah buahan. so awal awal labur duit kat Nando's, Kenny Rogers etc.. ayam Nando's tu setengah ekor bonda sebat hahaa.. breakfast amik telo goreng dengan sambal nasi lemak. tengahari makan lauk je...  sebelum tido malam amik lagi green

bekam.. nak cuba?

pernah try berbekam? nampak ngeri tapi pada yang pernah cuba tu baru tau la kesan nya. especially bonda yang memang ada sakit kepala. masa pertama kali bekam kat kepala, memang takut jugak. tapi lepas tu rasa ringan betul. takde dah rasa pening, nak muntah, sakit berdenyut denyut. sekali berbekam sakit kepala hanya datang balik lepas 1-2 tahun. okla pada bonda sebab tak bergantung pada ubat. selain sakit kepala, bonda buat bekam lepas bersalin kan hariz. sebab bonda amik epidural. memang berbuih buih darah yang keluar kat cup dia tu kat bahagian pinggang. dan kesannya memang lega rasa badan. takde rasa sakit pinggang sampaila mengandungkan hasya. so pada ibu ibu yg amik epidural dan ada masalah kat pinggang dan badan sakit sakit bolehla cuba berbekam. insyaallah lega. lepas pindah dok semenyih, bonda ke Pusat Bekam Aini kat bangi. kt sini ada servis bekam untuk lelaki dan perempuan. sekali bekam badan dalam rm50 je. Mesra dan murah dijamin hehe... So pada sesapa berminat bol