Skip to main content

resepi potato salad with bacon halal~

last week taman ada buat majlis bbq dengan jiran jiran. bonda kena buat 2 resepi wajib, koktel dengan coleslow. bajet tetamu dalam 150 orang. haaa ko...pening bonda nak pikir berapa biji kobis, berapa tin susu etc..pastu hati rasa cam nak tambah menu untuk pot luck. so gugel jumpa resepi potato dengan bacon ni. ada macam macam resepi, last last ceduk sana ceduk sini, siap jugak salad ni.. bila en tom puji lega hati. kira pass la sebab dia ni boleh tahan cerewet bab makan... sebenarnya ralat sangat sebab tak sempat langsung nak ambik gambar ketiga tiga menu tu. busy dari bangun pagi sampai majlis berlangsung lepas maghrib tu. kaki dah macam nak patah. dengan bibik bonda sekali sakit satu badan. yela, bukan setakat nak buat menu ni, jaga anak lagi, masak makan lagi, ngemas lagi.. dahla kena catu air.. basuh pinggan pun dok cangkung kat bilik air..

so xyah cakap banyak dah.. here we go

10 biji red potato
1 peket meat bacon halal beli kat tesco
olive oil
1 sudu kecik black pepper
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
tomato cherry ikut suka
1 biji capsicum colour kuning
mixed herbs, kalau takde letak je apa yang ada..haritu bonda masukkan thyme, oregano, parsley, rosemary
cuka epal
gula
garam
optional daun bawang sebagai hiasan dan penambah rasa serta aroma...

cara-cara:
- basuh kentang bersih bersih sebab bonda tak kupas kulit.
- potong kentang segi segi.
- bakar kentang dengan olive oil, dan tabur pepper dalam oven sampai masak
* oven bonda buat hal pulak hari tu. dahlah nak bakar banyak. yang selebihnya tu bonda rebus je..huwawa

- potong dadu bawang merah dengan capsicum. bawang putih racik racik sampai halus.tomato cherry ikut      suka nak potong ke atau biar sebijik sebijik tu... sebab nak save bajet haritu bonda potong 4..
- bacon tu hiris halus halus
- tumis hirisan bacon dengan olive oil sampai agak garing
- baru masukkan bawang merah dadu dengan bwg putih yg sudah diracik
- dah naik bau, masukkan tomato, capsicum, mixed herbs, black pepper, garam dan gula.
- tumis lagi untuk beberapa minit
- tutup api, toskan minyak dan angkat masuk ke dalam bowl
- letak 2 sudu kecik cuka epal ke dalam bowl
- gaul mesra dengan kentang yang dah siap dibakar tadi
- di pinggan hidangan, susun daun salad sama rata. dan tuangkan kentang yang dah digaul tadi diatasnya..
- tabur hirisan daun bawang.. siap!




Comments

Popular posts from this blog

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c