Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

being smart or stylish parents?

bila tau je nak jadi ibu bapa, mesti rasa excited. berkobar kobar nak sediakan segala yang terbaik untuk anak anak. belum pun masuk trimester ketiga, macam macam benda dah dibeli sebagai persediaan. semua nak dibeli sebab rasa macam keperluan dan kononnya bukan kehendak. beli kebanyakannya yang branded, almaklum alah membeli menang memakai. anak belum lahir tapi dah habis beribu. tu tak masuk expenses bersalin. tu pengalaman bonda masa anak pertama. bila masuk anak kedua, dah belajar dari kesilapan. beli mana yang penting sahaja. bila jadi mak ni, semua nak yang terbaik untuk anak. masa izz dulu, boleh katakan tiap tiap bulan mesti beli baju baru, mainan baru yang mahal. beratus habis hanya untuk dia. tapi bila tetiba dilanda zaman kegawatan selama setahun, bonda belajar untuk berjimat cermat. beli hanya yang betul betul perlu. susu, pampers memang wajib. baju baru pun beli time raya je. untuk hasya recycle balik baju hariz. setakat baju basahan, xde salah pun pakai baju peninggalan

Syawal 2013

syawal semakin meninggalkan. dan syawal ini yang pastinya paling terkesan dalam hati. pertamanya, ibu dah selamat bernikah. pasangannya seorang yang sangat baik dan warak di mata. jodoh yang amat pantas. kenal dan terus diputuskan untuk bernikah. dan 18 ogos lepas, bonda dah ada ayah baru.. keduanya, selepas ibu kembali menemui bahagia.. luka dihati terasa hilang. hilang rasa marah dan dendam kat abah. dan syawal ke 17 lalu, kami adik beradik beraya dirumah 'emak' baru kami.. dan untuk pertama kali bonda bersalam dengan perempuan itu. abah gembira.. sangat sangat. sebagai seorang anak, kegembiraan ibu bapa adalah kegembiraan dan kepuasan untuk kita. kecewa dalam hati memang bukan senang nak dihilangkan. tetapi kegembiraan yang bakal dicipta di masa masa mendatang insyaallah akan mengubati. ajal maut bukan kita tau. abah pun makin tua. sampai bila marah tu perlu disimpan. dan alhamdulillah terbuka hati untuk bonda melupakan dan memaafkan segalanya. bukan bonda yang layak untuk