Friday, April 12, 2013

hariz & hasya PI

anak anak adalah segalanya kepada seorang wanita bergelar ibu. kita mampu menjadi kuat dengan hanya memikirkan mereka. kalau tak kerana nak besarkan diorang, nak bagi kesenangan, kemudahan dan sebagainya memang takdenya bonda larat nak ulang alik KL-Semenyih hari hari. kuar gelap, balik pun hari dah gelap. sampai umah dah cecah 9-10 malam.

hariz sekarang dah 2 tahun 9 bulan, hasya pulak dah 10 bulan. dua dua dah makin membesar. dengan perangai memasing yang unik. hariz dah macam anak bujang. suka tengok tv sampai larut malam. pukul 1,2 pagi baru nak tido. memang tak laratla nak layan dia sampai waktu camni. tak bagi tengok kang mengamuk. dia lak berani betul, tengok tv sorang sorang kat tingkat bawah. dah rasa nak tido pandai tutup tv sendiri dan masuk bilik atas untuk tido..haih. bonda tau itu bukan tabiat yang baik, tengah berpikir dengan en hurai apa cara terbaik nak kawal hariz dan tv nye tu. si hasya lak nama je pompuan. tapi lasak mengalahkan hariz. kejap je dah kat tangga, kejap kang panjat walker, kejap kang dah berdiri kat depan tv, panjat meja, panjat tangga..haih penat betul nak kawal minah tu. pastu dia ada selimut busuk. kemana mana wajib bawak selimut tu. kalau tak dia serba tak kena, menangis je manjang. sebelum ni bonda penah citer yang hasya menangis masa balik jb. dari sg besi-jb, jb-sg besi menangis tak keruan. haaa jawapannya senang je nak tenteramkan dia, bagi je selimut tu. confirm terus senyap..sekarang tidokan dia malam memang senang. bagi je selimut tu, gelapkan bilik, letak botol susu kat sebelah.. nanti dia golek golek, capai susu, campak botol, capai susu balik, minum, campak lagi, golek lagi..gitula dia sampai tertido. proses ni tak lama, 5-10 minit je. tapi jangan ayah dengan abangnye masuk bilik, memang tak nak tidola hasya. dia nak main je plak nanti.

rasa regret la jugak sebab masa yang ada dengan diorang terlalu terhad. just weekend je bonda berada disisi mereka 24jam. bonda kadang rasa nak cari keje lain, tapi keje bidang IT ni leceh. especially bidang bonda lebih kepada operational. kebanyakan company diorang prefer keje shift, standby 24 hours. macam kat Touch N Go ni bonda dah selesa. kita dah tau keje kita, environment kita, cabaran kita. bukan x suka cabaran baru tapi rasanya sekarang dah tak macam masa single dulu... haih time ni la rasa menyesal kenapa pilih bidang ni. huhu...



Thursday, April 4, 2013

taska kt PS2

ibu ibu sekalian... jgn risau semakin banyak taska di PS2 seperti cendawan tumbuh lepas hujan. dekat amber je yang bonda tau ada 2. diorang pass pamplet haritu dalam mailbox. bonda sajela tanya berapa diorang caj untuk bayi dan toddler. mak aii...haaaa sedia duit jela gamoknye...

taska zara ceria
no 31, jln tps 2/11 (amber)
pn hazlina 0122044499
mengenakan caj rm350 utk bayi (errkk..), dan rm280 untuk toddler (errkkk erkkkk...). playschool plak disediakan untuk kanak kanak berusia 3-4 thn bermula 9am-11am setiap hari, rm250.

taska nur kasih
0193469376.
(taktau lagi rate...masih berhubung. akan diupdate kemudian)