Skip to main content

hariz & hasya PI

anak anak adalah segalanya kepada seorang wanita bergelar ibu. kita mampu menjadi kuat dengan hanya memikirkan mereka. kalau tak kerana nak besarkan diorang, nak bagi kesenangan, kemudahan dan sebagainya memang takdenya bonda larat nak ulang alik KL-Semenyih hari hari. kuar gelap, balik pun hari dah gelap. sampai umah dah cecah 9-10 malam.

hariz sekarang dah 2 tahun 9 bulan, hasya pulak dah 10 bulan. dua dua dah makin membesar. dengan perangai memasing yang unik. hariz dah macam anak bujang. suka tengok tv sampai larut malam. pukul 1,2 pagi baru nak tido. memang tak laratla nak layan dia sampai waktu camni. tak bagi tengok kang mengamuk. dia lak berani betul, tengok tv sorang sorang kat tingkat bawah. dah rasa nak tido pandai tutup tv sendiri dan masuk bilik atas untuk tido..haih. bonda tau itu bukan tabiat yang baik, tengah berpikir dengan en hurai apa cara terbaik nak kawal hariz dan tv nye tu. si hasya lak nama je pompuan. tapi lasak mengalahkan hariz. kejap je dah kat tangga, kejap kang panjat walker, kejap kang dah berdiri kat depan tv, panjat meja, panjat tangga..haih penat betul nak kawal minah tu. pastu dia ada selimut busuk. kemana mana wajib bawak selimut tu. kalau tak dia serba tak kena, menangis je manjang. sebelum ni bonda penah citer yang hasya menangis masa balik jb. dari sg besi-jb, jb-sg besi menangis tak keruan. haaa jawapannya senang je nak tenteramkan dia, bagi je selimut tu. confirm terus senyap..sekarang tidokan dia malam memang senang. bagi je selimut tu, gelapkan bilik, letak botol susu kat sebelah.. nanti dia golek golek, capai susu, campak botol, capai susu balik, minum, campak lagi, golek lagi..gitula dia sampai tertido. proses ni tak lama, 5-10 minit je. tapi jangan ayah dengan abangnye masuk bilik, memang tak nak tidola hasya. dia nak main je plak nanti.

rasa regret la jugak sebab masa yang ada dengan diorang terlalu terhad. just weekend je bonda berada disisi mereka 24jam. bonda kadang rasa nak cari keje lain, tapi keje bidang IT ni leceh. especially bidang bonda lebih kepada operational. kebanyakan company diorang prefer keje shift, standby 24 hours. macam kat Touch N Go ni bonda dah selesa. kita dah tau keje kita, environment kita, cabaran kita. bukan x suka cabaran baru tapi rasanya sekarang dah tak macam masa single dulu... haih time ni la rasa menyesal kenapa pilih bidang ni. huhu...



Comments

  1. Gitu... Sabarlah macam yang saya alami anak setahun seorang...dua2 boy 5 thn n 4 thn. lagilah rumah rasanya dah tak serupa rumah..kita mengemas diorang lagilah mengemas, bilik air satu2 mainan dia bawa masuk kononnya nak uji lah apa lah... Tp kita nak larang sangat xboleh juga sbb masa kita dengan mereka terhad sgt...
    Nampaknya BondaHariz ni tgh mencari taska ye... hemmm..agak mahal jugak ye. Alhamdulillah setakat ni taska kat tmpt kerja untuk budak 2-4 tahun sebulan rm110 sahaja. dari pagi hingga petang..harap bondahariz dapat mencari taska yang terbaik untuk permata hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xdela cr taska, saya tolong sebeykan je. hrtu ada yg tanya psl taska kt blog. skrg anak2 ibu saya jaga. dia dok dgn saya dah lps cerai dgn ayah. nasib ada ibu, kalau tak xtaula cmne saya nak handle ank2 dgn kuar umah 630am-10pm...

      Delete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...