Tuesday, December 25, 2012

oh my home! edisi 2 hari sebelum pindah

fuhhh.... ketika entry ni ditulis, bonda memang dalam keadaan letih. sakit sakit badan lepas semalam sehari membasuh rumah. berdua saje dengan en tom. ibunda pula menjaga hariz dan hasya.

bonda dapat kunci 26hb nov lepas, selepas segala urusan pembayaran dan waived berjaya diselesaikan dengan baik. lepas je dapat kunci kitorg pun sebeyla harga untuk grill, barang barang elektrik dll.

tinted
amik dengan minus tint puchong. amik luar hitam dalam silver. sangat suke kaler ni. dari dalam nampak langit kt luar redup saja. ia jua menghalang haba hingga 73%..padanla sejuk je rumah..satu rumah pada mulanya dia caj rm1K. ada sekali bonda nak kensel..dan dan diskaun jd rm800.

grill
kt kawasan rumah ni boleh katakan kontraktor yang sama menapau semua construction rumah rumah kat sini. so, bonda cuba tanya dengan kenalan pakcik yang tinggal di salak sepang. bonda nak tebal besi dalam 1.0mm, lebar 1.5 inci, kaler putih melintang, ada jeriji boleh bukak kt mezzanine dengan master bedroom dia caj 2.4k sahaja sekali diskaun sebab anak buah kawan dia... bonda dah check semalam memang kukuh compare dengan grill yg bonda tengok sebelum ni

wiring, lampu dan kipas
untuk lampu lampu bonda beli kat kedai famous di gugel tu..houses lightings puchong. memang superb servis dia dan murah murah belaka. untuk wiring, deal dengan kawan hubby.

langsir
haaa yg ni paling keciwa nih. sebab kesuntukan masa, dengan anak anak kecik lagi jadi bonda decide nak order je dari supplier en tom. mintak sample untuk price range rm20-30. ikut sample tu memang cantikla kain. even simple dan plain, tapi kainnya tebal dan nampak exclusive. tapi..isk isk bila dah dapat, kain yang diterima saling tak tumpah dengan kain satin biase tu. dengan bidang kecik yang bukan bidang kain langsir, bonda dah agak seller tu menipu lebey...ni tgh tunggu lagi satu kain, jenis lain. taktaula apa ke rupa. kita order dah berminggu tak dapat dapat lagi. en tom diam je. yela tak sangka kawan dia menipu. memangla kita nak murah, tapi kalau ko tak dapat beri dengan harga tu cakapla awal awal. kalau cmni gaya kainnya, baik bonda beli sendiri...

sebab budget constraint, hanya yang diatas je bonda buat untuk masuk rumah ni. tu tak masuk kos nak pindah, kos beli itu ini.. nampak macam takde apa tapi dah berbelas ribu juga habis..

untuk kitchen kabinet, bonda decide buat nanti dulu. nak kumpul dulu duit sampai dapat dapur yang benar benar dihajati. sebab kita pempuan ni memang suka dok dapur kan...

sebab bonda tak buat plaster ceiling, so bonda guna kan konsep industrial style. jenis yang boleh nampakla kabel wire tu. even nampak messy to others, but for me.. i like it. 

apepun, alhamdulillah untuk segalanya yang dipermudahkan....

Thursday, December 6, 2012

berpantang dengan shaklee

citer ni dah lama. hampir basi. 6 bulan lepas lepas bersalin kan hasya, bonda makan set menyusu shaklee. ada vita-lea, b complex, alfalfa dan vitamin c. selain shaklee, bonda beli jgk jamu amway. beli jugak jus bidadari dcl tu. semuanya untuk memastikan kesihatan bonda luaran dan dalaman tip top selepas bersalin kali kedua. belajar dari kesilapan anak pertama dulu, fokus untuk baby sampai lupa kesihatan diri sendiri.

alhamdulillah, hasya lahir 2.4 kg je. sepanjang sebulan tu bonda mmg tak miss makan shaklee ni. lepas sebulan, gi timbang hasya, berat naik sampai 4.4kg! memang perasan beza susu bonda tak macam masa hariz. susu nampak lebih pekat. dan hasya cepat kenyang.even bonda sendiri rasa perbezaannya. badan rasa sedap. tak terlalu letih, stamina cepat pulih. masa nak gi checkup hasya, bonda tak sakit sakit badan lepas berjalan jauh.

kepada bakal bakal ibu, jangan hanya dengan jamu rasa dah cukup persediaan lepas bersalin. no no no. kita perlukan lebih dari itu sebab kita dah melalui proses kelahiran yang kompleks. maybe faktor malas makan banyak ubat/pil yang buat kita jadi malas nak menyusahkan diri tapi pikirkan tentang kesihatan kita secara keseluruhannya. kalau dah namanya pompuan, macam macam nak kena jaga. bukan setakat luaran sahaja.

tips dari pengalaman, lepas je bersalin boleh terus makan pil shaklee. selepas 2 minggu barula makan dengan jamu. kalau yang nak terus menyusu kan baby, boleh teruskan makan shaklee tu..

dan sekarang, even dah tak makan set menyusu shaklee, bonda beralih kepada produk lain pula, iaitu.....jeng jeng..set kuruskan badannn!! sebab misi slim masih tak kesampaian keh keh keh...

mesti korang kata bonda ni agen sebab tu la beria promote. tak jugak.. ini lebih kepada berkongsi kebaikan. so kalau sesapa nak cuba dan order shaklee tu, boleh la tanya kawan kawan, sedara mara ke yang jd agen. tp kalau nak beli dengan bonda pun boleh. just drop an email to manja.syahlia@gmail.com. atau nak tanya pengalaman pun boleh.

Monday, December 3, 2012

Tan Boon Ming Sdn Bhd yang mengecewakan

entry kali ni nak luahkan kekesalan dengan pekerja dari TBM jln klang lama. actually datang sini sebab nak survey harga barang elektrik untuk rumah baru nanti. harganya tak murah, sebab ada jumpa lagi murah. even salesperson yang entertain tu pun bukan reti nak mempromote. kita tanya kalau nak repair tv jenis yg lama bukan LCD tu terus cakap, "..better you beli baru, harga nak repair sama dengan harga tv LCD...".. mak ai, tak helpful langsung. dan takkan nak repair tv pun sampai 1k! mengarut...

tapi yang paling sakit hati, masa tu kitorg parking kereta betul betul depan kedai. yela, kedai TBM ni sebelah jalan yang sesak tu. nak parking memang susah. kebetulan, datangla lori nak hantar stok barang. masa nak keluar kedai perasan yang pintu lori tu dah touch pintu kereta kami. masa tu diorang tengah sibuk punggah barang. memang gedegang la kena pintu keta kitorg. bila check..haa memang dah berlubangla kereta aku.. dan paling sakit hati lagi, masa kita dok komplen kat pekerja TBM, semua buat bodoh. langsung tak amik berat. apalah salah sebelum ko punggah barang tu inform la sapa punye kereta suh alihkan. bukan susah pun. kalau ada keta parking situ konpem konpem customer korang pasal tu jela kedai yang ada pun. dah komplen pun say sorry pun takde. staf dia yang sepatutnya jaga pintu lori tu warga bangladesh, tapi pun kurang ajar jugak. mentang mentang keta kami bukan BMW ke, Mercedes ke ape ke korang tak amik kesah pun kan..tapi ingat kami ni potential customer. dan tujuan blog ni diutuskan pun sebab nak bagitau, takyahla nak buang masa survey harga barang kat sini. even ada diskaun pun, still mahal lagi compare dari tempat lain, seperti jusco or harvey norman. kat harvey norman ni bonda memang respect salesperson dia. very helpful, sharing the knowledge, give comparison between each product with same price range dan dia tak kesah even kita beli ke tidak..

so TBM, for me you are already blacklisted, today and for the future. dan bonda dah selamat membeli tv baru, kipas kipas baru, water heater baru, peti ais baru dari tempat lain...