Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

rawatan berpantang

agak pening jgak nak mengatur hari berpantang yang tinggal 1-2 bulan sahaja lagi. ibu bonda dah bekerja, ibu mertua sudah uzur... pastinya tiada sapa yang boleh diminta bantuan semasa berpantang nanti. pengalaman anak pertama, bonda mendapatkan perkhidmatan Jemari Tradisional. Alhamdulillah walaupun 3 hari sahaja namun bonda puas hati dengan layanan yang diberikan. dan utk kali ni, bonda terus deal direct dgn bidan yang 1st dulu. akak tu memang baik dan walaupun urutannya agak sakit sedikit tapi bonda takde masalah seperti sakit pinggang dsbgnya even bonda mengambil epidural semasa bersalin. dan waktu mengurut utk setiap sesi ialah 3jam! memang berbaloi baloi... utk kali ni bonda ambil pakej 7 hari. 7 Hari RM 1,400.00 7x Urutan Bersalin 7x Penyediaan Mandian Herba, Bertungku, Ikatan Kain Bengkung 7x Terapi Sinar Infrared 1x Lulur Badan Memasak Masakan dan Minuman Pantang 2 x Sehari Mandi dan Urut Bayi