Thursday, February 21, 2013

wajah cerah dgn safi rania gold

bonda jenis kulit sawo matang. pantang kena matahari senang gelap kulit tu. dari kecik plak aktif bersukan, berkawat...jadi muka tu maintain je la dalam kegelapan hehe.

masa sekolah dulu, orang sibuk pakai fair n lovely, bonda pakaiiii.. tp looks lovely jela, tak fair pun. poyo..tapi en hurai kata memang i looks sweet n lovely dulu..haha. even tak bersih tapi takde jerawat. masuk matrikulasi, gatal guna nivea skincare. masalah jerawat bermula bila mix guna dengan loreal punye produk. haaa ambik. keluarla jerawat sampai muka dah mcm kulit katak. memang stress time tu. bila dah keje bonda pakai olay total effect. kulit sekata dan jerawat cm katak tu lama kelamaan surut tapi camtu jela, tak cerah mana pun. muka nampak kusam je. boring. lepas tu bonda pakai safi tutup hijau tua tu sebab masa kerja kat pizza hut, jerawat naik balik kat muka macam gunung berapi. besar besar dan selalu meletus dengan lava yang banyak kalau dipicit. mana tak naik jerawat, kerja bergelumang dengan cheese kat kitchen. lepas guna memang okla, jerawat kurang muka pun cerah. tapi, haih tapi apa lagi... dia cerah sampai satu tahap dia dah macam takde effect kat muka. kusam balik. ada jugak try produk lain, tapi orang yang ada masalah resdung ni sensitif sket hal hal produk muka. silap haribulan makin teruk muka adalah. jangan gunakan chemical base dan bercampur dengan produk chemical base yang lain, jadi haru nanti muka tu.

sampaila jumpa safi rania gold. sekadar percubaan lepas tengok review ramai kata ok. alhamdulillah, lepas beberapa bulan pakai memang kulit makin cerah. bukan nak kata apela, memang ramai puji wajahku semakin cerah dan berseri cewahhh. bonda ni bukan jenis kaki mekap. pagi pagi just tepek krim kecantikan safi rania tu, sebotol tak sampai rm10... pastu tepek lagi dengan bedak bbcream silkygirl..rm belas belas je tak silap. walaaa.. dah siap. malam tepekkan night cream dengan serum. quiet a number gak yang tanya pakai apa, so means okla kan result nye heheh.. yang penting takdelah perlu spent mahal mahal nak dapatkan muka yang sihat berseri.

so, apelagi. kalau belum cuba bolehla test. harganya pun tak mahal tapi resultnye pun tak menghampakan.

p/s: sorila tak tepek gambo bukti penggunaan.

Tuesday, February 19, 2013

tambah loan utk renovation rumah??

Bonda terbaca kat post fb PS2, ada kemudahan untuk tambah loan dgn bank untuk dapatkan cash. dan duit tu boleh digunakan untuk renovate rumah. satu pilihan yang menarik, tapi adakah perlu? hati dan akal bonda membuat keputusan. hati kata nak, akal kata jangan, pikir dulu...

kalau amik, means monthly payment dah naik. so monthly expenses pun naik. sekarang mungkin mampu bayar, tp kalau tetiba ada something happen, BLR naik ke, or hilang pekerjaan ke..tak ke payah nanti. lagipun bonda amik bukan fixed rate, tapi BLR. rate boleh berubah tak kira bila.so 1 NO..

bonda berhasrat untuk habiskan loan rumah secepat yang mungkin. mungkin target 10-12 tahun. dan takdelah terjerat sampai 30 tahun dengan loan rumah ni. jadi, takdela kita mengkayakan en bank. ada step step yang buleh diikut, yang pastinye memerlukan disiplin yang tinggi dalam mengendalikan hal duit ni. duit yg ada jgn dibazirkan sgt. gunakan untuk bayar loan rumah. setahun ni pulak memang ada masalah kewangan sket. sbb tu nak masuk rumah ni pun bonda tak buat reno. duit yg ada cukup cukup untuk buat yang basic je. memang hati meronta nak buat itu ini, apatah lagi en tom keje dalam interior, tapi memikirkan kos yang bakal dilaburkan, bonda simpan sajalah hasrat tu dulu. simpan lagi, menabung lagi untuk reno ni. so another NO...

2 NO's.. so tak perlulah tambah loan... heheh setel

Thursday, February 7, 2013

sorry hasya

lately hasya asyik tak sihat. masa pindah haritu dia kena viral rashes satu badan. doctor ingat dia campak, siap amik darah bagai. dan nasib baik bukan campak. dan nasib baik juga tak beserta demam. tapi, hasya memang meragam jela. mungkin sebab gatal kot.. hish sian anak bonda.

tak lama demam pulak. dah 2 minggu selsema tak baik baik. bagi ubat zyrtic, yang memang sesuai dengan hariz, tapi dengan hasya tak cepat baik pulak. doctor pun ada bg ubat lain salbutamol untuk kahak dan apa ntah nama ubat lagi satu tu..tapi tak baik jugak lagi. hari sabtu ni ada appointment lagi dengan doctor Eric kat TDMC, hopefully dah baikla hasya time tu. sebab injection 6 bulan tak amik amik lagi.

tapi yang bonda frust tengok badan hasya yang makin susut. bonda memang salah dalam hal ni. dulu masa hariz, bonda memang semangat masakkan makanan hariz. tapi untuk hasya, masa yg ada membataskan bonda untuk menyediakan yg terbaik untuk dia. sebab hasya cerewet pasal makan. bagi bubur tak nak, bagi keledek ke, kentang ke, labu ke pun menolak. hariz dulu makan je apa yang disuap. dan bila dah giv up tu, nendanya hanya bagi nestum. itu je yang dia akan makan. selain tu dia suka makan nasi yang kita makan. x berenti mintak. kita takut dia tercekik je sebab nasi tu keras untuk dia. tapi kalau dah namanya budak, memang kena bagi jugakla. kang tak bagi nangis memanjang...

so last week, bonda masakkan nasi goreng untuk hasya. lepas nendanya masakkan nasi lembik. alhamdulillah, semangat dia makan. dan bonda pun bersemangat balik nak semangatkan badan hasya. minggu cuti panjang ni memang tak kemana, so masak memasak jela nanti..insyaAllah...

apepun hasya, maaf ye nak. kekadang bonda terbuai dengan masalah duniawi hingga terlupa tanggungjawab bonda menjaga anak anak sebaiknya..