Skip to main content

wajah cerah dgn safi rania gold

bonda jenis kulit sawo matang. pantang kena matahari senang gelap kulit tu. dari kecik plak aktif bersukan, berkawat...jadi muka tu maintain je la dalam kegelapan hehe.

masa sekolah dulu, orang sibuk pakai fair n lovely, bonda pakaiiii.. tp looks lovely jela, tak fair pun. poyo..tapi en hurai kata memang i looks sweet n lovely dulu..haha. even tak bersih tapi takde jerawat. masuk matrikulasi, gatal guna nivea skincare. masalah jerawat bermula bila mix guna dengan loreal punye produk. haaa ambik. keluarla jerawat sampai muka dah mcm kulit katak. memang stress time tu. bila dah keje bonda pakai olay total effect. kulit sekata dan jerawat cm katak tu lama kelamaan surut tapi camtu jela, tak cerah mana pun. muka nampak kusam je. boring. lepas tu bonda pakai safi tutup hijau tua tu sebab masa kerja kat pizza hut, jerawat naik balik kat muka macam gunung berapi. besar besar dan selalu meletus dengan lava yang banyak kalau dipicit. mana tak naik jerawat, kerja bergelumang dengan cheese kat kitchen. lepas guna memang okla, jerawat kurang muka pun cerah. tapi, haih tapi apa lagi... dia cerah sampai satu tahap dia dah macam takde effect kat muka. kusam balik. ada jugak try produk lain, tapi orang yang ada masalah resdung ni sensitif sket hal hal produk muka. silap haribulan makin teruk muka adalah. jangan gunakan chemical base dan bercampur dengan produk chemical base yang lain, jadi haru nanti muka tu.

sampaila jumpa safi rania gold. sekadar percubaan lepas tengok review ramai kata ok. alhamdulillah, lepas beberapa bulan pakai memang kulit makin cerah. bukan nak kata apela, memang ramai puji wajahku semakin cerah dan berseri cewahhh. bonda ni bukan jenis kaki mekap. pagi pagi just tepek krim kecantikan safi rania tu, sebotol tak sampai rm10... pastu tepek lagi dengan bedak bbcream silkygirl..rm belas belas je tak silap. walaaa.. dah siap. malam tepekkan night cream dengan serum. quiet a number gak yang tanya pakai apa, so means okla kan result nye heheh.. yang penting takdelah perlu spent mahal mahal nak dapatkan muka yang sihat berseri.

so, apelagi. kalau belum cuba bolehla test. harganya pun tak mahal tapi resultnye pun tak menghampakan.

p/s: sorila tak tepek gambo bukti penggunaan.

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...