Skip to main content

being smart or stylish parents?

bila tau je nak jadi ibu bapa, mesti rasa excited. berkobar kobar nak sediakan segala yang terbaik untuk anak anak. belum pun masuk trimester ketiga, macam macam benda dah dibeli sebagai persediaan. semua nak dibeli sebab rasa macam keperluan dan kononnya bukan kehendak. beli kebanyakannya yang branded, almaklum alah membeli menang memakai. anak belum lahir tapi dah habis beribu. tu tak masuk expenses bersalin.

tu pengalaman bonda masa anak pertama. bila masuk anak kedua, dah belajar dari kesilapan. beli mana yang penting sahaja. bila jadi mak ni, semua nak yang terbaik untuk anak. masa izz dulu, boleh katakan tiap tiap bulan mesti beli baju baru, mainan baru yang mahal. beratus habis hanya untuk dia. tapi bila tetiba dilanda zaman kegawatan selama setahun, bonda belajar untuk berjimat cermat. beli hanya yang betul betul perlu. susu, pampers memang wajib. baju baru pun beli time raya je. untuk hasya recycle balik baju hariz. setakat baju basahan, xde salah pun pakai baju peninggalan abgnya kann.

bonda baca buku berkaitan parenting. salah satunya 'Smart Parents, Richer Kids' dari zaid mohamad, buku ni memang banyak membantu menyedarkan bonda cara mengurus kewangan. menyuntik semangat bonda untuk kembali hidup berwasatiah. jika kita mengajar anak untuk hidup bermewah mewah dari kecik, bila dah besar jangan salahkan anak jika hanya nak pakai baju jenama, barang2 branded, latest gajet dan sebagainya. jika kita tak mengajar erti nilai wang, menyimpan, berkongsi dan kepentingan mencari yang berkat dan halal dari diorang kecik, bila dah besar mereka lebih mengejar kemewahan hidup tanpa mengira bagaimana dan kenapa.

bonda tau memang bukan mudah. tapi ada caranya, jangan jemu menggali ilmu. memang mengambil masa dan tenaga, tapi bonda kena bersabar. didik hati takpe kalau hidup bersederhana, belajar hidup dengan apa yang mampu. kerana bonda mahukan yang terbaik dalam jiwa mereka, bukan luaran semata..

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...