Skip to main content

hasya: 11 bulan

genap 11 bulan hasya baru pandai berdiri... tapi belum pandai jalan lagi. kitorg memang tak kesah pun hasya lambat jalan. sebab sekarang merangkak pun tak larat nak layan. suka sangat panjat tangga.. dengan hariz lak lagi..aduyaii..

so far development hasya lebih kurang hariz. 5 bulan dah mengesot, 7 bulan dah merangkak. cuma gigi hariz 5 bulan dah tumbuh. hasya 9 bulan baru ada..


hasya pun dah pandai lambai lambai kalau kita sebut babai..orang selalu tanya hariz suka kacau adik tak, jawapannya tak... diorang ni terbalik. hasya yang selalu dengki kat abang dia. pagi pagi bangun tido, dia akan merangkak menuju ke tempat hariz. pastu tepuk badan abg dia, takpun tarik rambut. paling best main langgar je badan izz sebab nak gi ke ayah. kitorg mengamalkan co-sleeping dari budak budak ni kecik lagi. guna tilam je takde katil. so tilam queen tu disambung berdua atas lantai. wahhh memang luasla..dan diorang plak tido memang buas. nak nak hasya. even kita dah hadang dengan berbantal bantal pun ehhhh kebawah kaki bonda jgk kadang dia golek. nasibla bonda jenis tak tido mati cam ayah nak oii.. kalau tak ada yang tersepak ke lantai.. huhu

diorang selalu berebut kalau ada mainan baru. bonda pun selalu lupa, asyik beli satu je. mana tak diorang berebut kan. selain tu telepon. hariz memang suka tengok youtube upin ipin, even dah donlod pun dia taknak. jadi kalau hasya rampas phone tu..haa hariz marahla. tapi alhamdulillah la.. dua dua jenis takdela suka bergaduh sangat. hariz pun dah nampak ciri ciri seorang abang.


Comments

Popular posts from this blog

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je. itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70, ...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...