Skip to main content

mai berkebun

mai mai tengok kebun saya yang berselirat ni kat tanah sekangkang kera belakang umah. almaklum bukan petani moden. petani asal boleh je.. hihi


setakat ni dah berjaya tanam serai, kangkung, lengkuas, halia, kunyit, cekur, pucuk ubi, daun kari, pokok lada, daun pandan, pucuk manis, daun kari dan petola. yang tak menjadi pulak just daun kesum. maybe cuaca yang panas pun antara faktor pokok tu mati.

setakat ni dah merasa 4 bijik petola hasil tangan sendiri. alhamdulillah....

Comments

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je. itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70, ...