Skip to main content

misi kurus 2013

semua orang disekeliling dah berbunyi. bunyi yang enak didengar xpela. tapi ni bunyi bunyi berbaur samada kerisauan atau kejelesan. hahaha apsal nak jeles lak kan..

"manja, makin sihat la sekarang".
"apsal makin gemok ni?"
 "ayong nenek tengok makin gendut.. ngandung lagi ke?".
"bini ko pregnant ke tom?"
"tengokla bini orang yang bwk moto tu badan dia cmne, tapi kalau bi yang naik nnt tak balance"

macam macam lagi... huhuhu

kalau orang orang yang tak rapat yg komplen bonda steady lagi. tapi bila yang paling dekat dengan kita yang dok kritik sampai kadang tak pikir perasaan kita memang takleh terima. even salah kita yang konon tak pandai jaga badan so kenapa perlu nak sentap bagai, tapi diorang tak berhak nak mengutuk kita sewenang wenangnya. macamla korang tu perfect sangat. bonda je taknak sound balik. hati diorang je kena jaga. hati kita takpe kalau disiat siat...


i feel down. lost confidence. jauh di sudut hati, bonda tak minta jadi cmni

masalah berat badan ni makin kronik lepas melahirkan hasya. masa hasya dalam kandungan, doctor beritau yang hasya ni kecik dari yang sepatutnya.so, bonda makanla lebih dari biasa. demi anak. berat mendadak naik lepas bonda stop breastfeeding hasya masa dia 5 bulan. sebelum pregnant dalam 53-54kg, lepas bersalin last timbang 58kg. last 2 weeks timbang dah 60kg!!! dan paling parah, berat bonda dah menyamai en suami.. en suami hanya tersenyum sinis bila tengok result berat tu.. pedih pedih..

bonda refer blog kevin zahri. sibuk kira kalori. tapi bukan senang ye nak kontrol makan. bila kita penat, stress.. dan takde tempat lain nak lepaskan tekanan, kita hanya makan dan makan. kalau dulu once a week gi window shopping, twice a week gi futsal & aerobic, so ada fizikal aktiviti nak bakar kalori. sekarang ni kita dah letih dan penat nak buat semua tu. ada masa lapang tu, itula masa nak berehat. kat office dah busy dengan keje. kat rumah sibuk dengan anak anak. masa kita sangat terhad. even sekarang nak tido siang pun dah tak dapat kalau weekend. hariz tido hasya berjaga. kang hasya tido hariz plak berjaga. kang kalau bonda tidur sapa nak monitor diorang plak..

bermula 12 jun 2013, bonda akan berusaha mendidik mental untuk melawan godaan. ingat kata kata pedas.. cari solution. tak perlu sibuk cari sokongan moral ke, sokongan kewangan ke. bukan salah orang lain kita jadi gemuk. tapi salah kita sendiri. so berdirilah atas kaki sendiri. hanya kita yang boleh merubah diri kita.

GOOD LUCK for myself! 

Comments

  1. Ala 60ok wat..brapa tinggi u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. my BMI dah nak masuk overweight range. before it's too late...

      Delete
  2. alahai manja... if ko tertekan, ko leh citer kat aku.. just like before masa kat matrik, meh sini aku dgr luahan perasaan ko, at least leh kurangkan stess, bila kurang stress, kurang makan. ha.. cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa matrik pun mmg aku kuat makan ape. selalu jd tong sampah ko. bila skrg ni aku dah kawal selera aku. makan tak buas cam dulu tp badan tetap naik jgk... stress aku huhu

      Delete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je. itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70, ...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...