Tuesday, July 2, 2013

garnicia cambogia a.k.a asam keping

bertemu kita lagi kali ini.. dah lama tak update blog. bukan takde benda terjadi tapi sebab takde idea nak susun ayat buat karangan. hihi

sekarang ni memang tengah kemaruk nak cari cara nak kurus. kalau boleh memenuhi kriteria paling utama iaitu tetap makan tanpa ditahan tapi tetap boleh kurus. haaa kann. hobi tu. tetiba nak kena kurangkanla, kawal la.. adoii.. sapa sapa yang suka makan memang boleh paham kot. yang bonda tak paham sapa yang tak suka makan. ramai lak tu kat opis ni. hadoiiyai..

selain tu taknak makan produk kurus yang meragukan. takut nanti menjejaskan kesihatan terutamanya buah pinggang. sebab ikut statistik semakin ramai rakyat malaysia mengalami sakit buah pinggang kerana makanan tambahan begini terutamanya spirulina. ni bukan main petik je tau. ni fakta yang bonda baru baca kat majalah nona bulan ni tak silap.

masa dok gugel gugel tu terjumpa artikel berkenaan garnicia cambogia kat women's health. wahh menarik. sebab rupenye ramai selebriti hollywood menggunakan cara diet ni. lepas diselidiki laaaa... asam gelugor rupenye choyyy. gunakan kaedah makan garnicia dan ditambah dengan pembersihan colon setiap hari dan anda akan turun berat badan.. katanya.

so dengan gembiranya nak mencuba. just gunakan asam keping rendam dalam air suam. minum satu ke dua mug pagi pagi.. atau nak makan pil boleh order kat raksaherbs malaysia. pastu malam sebelum tido bonda minum cleanze tea beli kat watson tu sebagai agen pembersih colon.

so we'll wait and see... 

3 comments:

  1. menarik.. bleh cuba ni

    Ada sorang pakcik citer, 1 petua senang nak turunkan berat badan. Tiap2 pagi lepas bangun pagi, jgn terus gosok gigi. Pegi minum segelas air suam.

    Air suam tu akan bawa semua enzim2 dari mulut kita masuk dlm perut & tolong bersihkan perut & kasi kurus.

    Bleh la cuba.

    ReplyDelete
  2. Dh bjaya turunkn berat badan ke setelah amal petua minum air asam gelugur ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..berapa lama ambil masa utk diamalkan smpai berkesan?

      Delete

Sila lah mengomen...