Skip to main content

edisi lepas berpantang: perancang kehamilan

masa bonda menaip bab slim tu, bonda teringat tentang perancang kehamilan ni. ye....ini juga mungkin menjadi antara punca badan kita naik selepas bersalin nanti.

pengalaman lepas, bonda memilih untuk gunakan kaedah sekali suntikan untuk 3 bulan sebab bonda memang surrender bab bab makan pil ni. kos nya dalam rm70 sekali suntik. bonda ambil sekali je lepas tu bonda stop. sebab orang kata kalau kita breastfeed kebarangkalian untuk mengandung itu nipis. tapinya, lepas berbulan bulan tak period, sedikit sebanyak memang mengganggu hormon bonda. badan jadi lesu, letih ditambah pulak dengan bebanan menjadi staff, ibu dan suri rumah tangga. emosi memang sentiasa tak stabil. termasukla dalam hubungan dengan suami. so bonda pun jumpala pakar O&G yang berbeza dari pakar bonda sbelum ni. beliau bilang.. yang tindakan bonda mengambil suntikan tanpa menunggu period pertama keluar tu silap. patutnya bonda kena make sure sistem period bonda berjalan seperti biasa baru boleh ambil suntikan tu. ntah betul ntah tidak. maka beliau telah memberikan ubat hormon kepada bonda. lepas makan beberapa hari, badan bonda memang berubah 360 darjah. lemah giler, sakit giler, demam dan selsema. so bonda stop makan berkuatkuasa serta merta. tak lama period pun datang lagi. tapi dah tak semeriah dulu. 2-3 hari je datangnya, itupun secalit dua. so bonda assume kitaran haid bonda tak teratur dan tidak subur seperti biasa. namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya, tak lama kemudian bonda pun mengandung lagi.

oleh kerana itu, selepas saja berpantang lepas ni, bonda mengambil keputusan mencuba cara rakan bonda ni. dia makan makjun anggun bistari untuk merancang. banyak kebaikan makjun ni, anda anda bacalah sendiri ye. bonda tak boleh nak bagi komen lagi sebab belum cuba. dah cuba nanti bonda update.

Comments

  1. before kawin dulu..aku pernah try majun ni..terpengaruh ngan dak opis. Dia kata leh kurangkan skait senggugut. Senggugut memang kurang la..tapi aku tak sanggup continue makan. Lepas jer botol kedua, tekak aku dah tak sanggup nak telan lagi majun ni..rasa dia tak best! pastu ada bau sikit... try telan mcm mana pun, memang kuar balik..terus stop mkn majun ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. mak aku pun br makan makjun ni. dia gentel2 jdkan kecik2. baru dia leh makan. tp so far feedback dr mak aku dia mmg puas hati.
    psl perancang kehamilan ni ikut org. aku mmg surrender la ubt2 hosp. bad effect lbh byk dr good effect.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...