Skip to main content

newborn list: breastpump



pengalaman anak pertama, semua benda nak dibeli. dok la cari new born list dari website dan kalau boleh semua benda tu nak disediakan untuk anak yang bakal lahir. tapi sebenarnya tak semua kita akan gunakan. end up barang barang tu akan masuk stor jugak dalam beberapa bulan saja.

macam bonda dulu. pun sama. berhabis beribu jugakla untuk barang barang anak ni. yang paling tak pakai ialah baby cot. sebabnya hariz langsung tak nak tido dalam tu. orang kata baby nak tido sebelah kita. nak rasa panas, nak bau emak dia jugak. barula tido dengan lena. guna la dalam sebulan...pastu masuk stor je. en hurai dah banyak kali perli...diam jela..

tapi benda paling penting yang bonda rasa berbaloi beli even mahal ialah breastpump. bonda tak mampula nak beli medela freestyle..jadi bonda survey dengan officemate..ada satu kakak tu recommend guna Ameda. dia takla semurah Spectra tapi memang okla dengan harga dalam RM700-800. masuk beg susu dengan ice pack tu dan botol botol penyimpanan cecah la seribu...adoiii. breastpump ni boleh guna plug atau bateri. jadi mudah jugak bila dibawa kemana mana. bila ada 2 corong memudahkan kita jugak bila memerah susu. sebab kalau satu corong tangan kita plak nak kena tadah sebelah lagi. meleleh leleh kan membazir. selain tu kekuatan suction pump ni jugak boleh dilaraskan..begitu juga dengan kelajuan. tak silap bonda spectra takde boleh laras laras ni. sebab ada satu akak office tu selalu trauma bila nak menge'pump. sebab dia tak tahan sakit. tapi tengok orang lain ada yang ok. jadi bergantung jugakla kepada ibu ibu ni mana yang sesuai. ada suka manual, ada suka auto.benda ni la yang paling membantu bonda semasa dalam pantang hariz. kita ni manala tau apa akan jadi. sebab masa lepas bersalin tu nipple bonda jadi besar mungkin disebabkan pengaruh hormon. jadi hariz tak dapat nak menyusu direct sebab mulutnye pun kecik lagi. jadi keje bonda dok pumpla susu setiap masa. anak lelaki ni plak kuat nyusu...sentiasa tak cukup. so untuk baby ni bonda dah bersedia. breastpump tu pun masih elok lagi. jadi save la perbelanjaan untuk anak kedua ni.


Features and Benefits

Discreet & Quiet
The Lactaline is very quiet compared to other electric pumps, whispering as it works.  User-friendly, Easy to use, low-maintenance and low-noise

Adjustable SettingsThe suction (strength) and cycle (speed) can be adjusted separately and continuously to meet the specific needs and requirements of the mother hence mimicking perfectly baby's natural suckling rhythm.

With the turn of a dial, you are able to easily change the combination of cycle and suction to maximize milk production while accommodating your personal comfort level. Pumping has a fully automatic suck-and-release rhythm.  8 adjustable suction levels and 4 cycle speeds provide numerous variations to mimic baby's suckling.

Diaphragm-Technology The patented diaphragm design protects milk backflow into the tubing or pump. It also prevents outside contaminated air from being drawn into the collected milk. This is especially good for mothers who are not able to find an appropriate place to pump milk and are worried about environmental pollutants getting into their expressed milk. 

Milk collection system with integrated and patented silicone diaphragm that creates a barrier protecting pump and breast milk from potential viruses and bacteria (FDA approved) 


Technical Information:

-
Cycle range: 30-60 cycles/minute, adjustable
- Vacuum range (suction capacity): 0-330mbar, adjustable
- Meets highest hygiene standards
- Can also be battery operated - 6AA Alkaline Batteries (Batteries are not included)
- Include of 1 power adaptor 

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...