Skip to main content

newborn list: sterilizer and warmer

 

dua benda alah ni paling berguna sepanjang breastfeeding berlangsung. yela, bila menyusukan anak, botol botol yang diguna banyak..dibasuh pun banyak...nak disterilize pun banyak jugakla. mana tahan nak rebus je hari hari. nak tadah air, nak tunggu didih, nak masuk plak satu satu botol... kalau periuk besar okla kan. untuk memudahkan keje just guna je sterilizer. masukkan sekaligus (dalam 7-8 botol), masukkan sedikit air.. tutup dan on je switch. lepas 3 minit mendidih dah boleh guna dah botol botol tu...fast n easy. dan sampai sekarang bonda masih lagi menggunakannya dan tak rasa membazir langsung. 

sebab bonda beli Little Bean Combo Pack..so dapatla sekali warmer ni. kalau baby dah tak breastfeed dan dah besar rasanya dah tak perlu. warmer ni digunakan bila kita nak panaskan susu perahan dari peti ais kita. tak silap nak panaskan susu dalam 45 darjah celcius kan? lupa... tapi warmer ni kalau kita dah set suhu tu dia akan maintain jela... takdala orang kata terlebih panas ke apa. selain tu kalau baby baru start makan, puri puri yang kita buat dan simpan dalam peti ais tu boleh dipanaskan guna warmer ni jugak. kalau travel, ada warmer yang boleh diguna dalam kereta. mudahkan... 

apepun ni pendapat bonda berdasarkan pengalaman. sebab ada jugak ibu ibu yang bonda jumpa tak mau gunakan 2 benda alah ni. bagi mereka membahayakan. tak taula bahaya dari segi apa. sebab bagi bonda menyenangkan kerja especially untuk kita yang bekerja ni. brand yang ada dipasaran pun macam macam, so buatlah pilihan yang terbaik mengikut kemampuan...




Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...