Skip to main content

mission: slim lepas bersalin

pregnant kali ni bonda bersungguh sungguh mau kurus. anak sebelum ni takde pikir sangat. mungkin masa tu terlalu excited menimang orang baru. so kali ni kita dah ada pengalaman sikit, jadi dah boleh expect apa yang bakal berlaku.

mission untuk kurus bersalin kali ni adalah yang kali kedua bonda pernah lancarkan..hehe.. sebelum ni masa sebelum kawen pada 2009. berat bonda masa keluar UKM-2004 dalam 45kg je. lepas keje Touch N Go berat mencanak canak naik. sampai 56kg..OMG..mak andam pun dah sound suh kuruskan badan. so demi mahu kelihatan slim memang macam macam bonda buat untuk kurus. minum cleanz tea, beli ogawa magic belt, berbotol botol minyak mustajab, sign up pakej dgn bizzybody, jogging, futsal.. tapi makan tetap maintain sebab itu adalah hobi. heh. Alhamdulillah kurusla jgk dapat turun ke 47kg. mau tak dihambur pujian masa majlis kawen bonda dulu.."Manja...kurusnye ko..." hehehe hasil bekerja keras la kawan kawan. ni gambar gambar kawen bonda yang boleh dishare disini dan disini juge.

masalah bonda sekarang ni lebih kat bahagian abdomen, perut dan punggung. lebar sungguh kalau ditinjau dari belakang.menci menci. mission kali pendekatannye lebih kurang sama dengan yang dulu. cuma tak bolehla nak kasar kasar sangat kan. first sekali makan masa pantang tu kena jaga. bonda lebih tekankan makanan yang menambahkan susu badan dan juga khasiatnya. bonda ada terbaca kat majalah Pa Ma pasal susu Natalshape keluaran Natasha produk tapi bila ditanya susu dah habis stok dan akan diberitahu bila ada stok kelak. huhu..dah 2 minggu dah tanya ni tapi takde plak call balik. selain tu bonda dah beli losyen halia keluaran keraton (reason beli brand ni sebab murah sket dr mustajab).. make sure kena sapu sebelum guna bengkung. makcik urut tu penah cakap, dia boleh urut sampai kurus dan 7 hari tu dah mencukupi..ye ye ow je tapi takpe..we'll wait and see. bizzybody juga still ada 10 session lagi yang belum tertunai. akan bonda tunaikan...hehe nyah nyah d toxin. dalam hati ni pun berkira kira nak beli Ogawa magic Belt tu balik. sebab yang ada sebelum ni dah terbakar. nasib bonda tak terbakar sekali..tertido punye pasal. bonda guna benda alah ni ikut cara bizzybody buat. sapu dulu losyen halia ke, serai ke ape ke yang katanya untuk membakar lemak...pastu belitkan belt tu kt kawasan lemak berkampung dan turn on d switch. nanti akan rasalah gatal gatal kononnye lemak dah terbakar. pastu banyakkanla minum air supaya lemak lemak yang telah diuraikan tu ikut sama ketika membuang air.



apepun, bonda kena lebih berdisiplin kali ni. jamu jamu yang ada kena dihabiskan. kalau tak badan akan jadi lemah dan lesu macam sebelum ni. nak nak bonda guna epidural masa bersalin nanti.

gemuruh jiwa....semangat membara...nak badanku jadi kurus semula...lalalalala...

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...