Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la...
Lama terbiar sepi blog ni... Bukan setakat stop menulis, jengah pun tidak. Sibuk tapi lebih dah xde hati sebenarnya nak menaip apa apa. Tapi tiba tiba ter sampai sini. Rindu.. Hariz tahun depan dah masuk darjah 1. Hasya pulak dah start tadika. Tahun ni pun bertambah ahli baru. Hadif muzaffar. Makin meriah, makin riuh, makin penat.. tapi alhamdulillah happy. Allah makbulkan doa aku nak keje dari rumah. Tapi mana sangka suami jugak ikut jejak langkah. Musim gawat ni, bekerja pun tapi tak dibayar gaji sampai bila. Baik berhenti. Aku agent hartanah jual rumah.. Dia buat interior design servis. Takde close deal, xde projek..dua dua nganga je la kat umah hehe..