Skip to main content

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah..

Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!)
kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam


condition bawah sinki..horror (*_*)
Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami?
Let's cekidot.

Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu

Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama.

Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit.

Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la nak guna balik untuk buat wall shelf ke.


Sink kami pasang rapat ke dinding. so kurangkan expose top pada air masa basuh pinggan. Tembak silikon lebih sikit kat sekeliling sink..silikon dengan senapang beli kat hardware je. tak mahal pun..

Sink beli yang besar lagi sikit kat ikea. pueh hati. RM330 Langudden Insert Sink


Tadaaa!!! Siap sudah..Pintu kabinet belum pasang sebab next project nak setelkan bahagian bawah tu pulak..
Alhamdulillah, modal tak sampai seribu untuk ganti top dan sink baru ngeh ngeh

Comments

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c