Skip to main content

dekorasi- living room entrance

2 minggu lepas ni dok sibuk mengecat dinding rumah. duduk dah 5 bulan lebih, tapi baru ada masa nak mengecat. sebelum ni sibuk kemas rumah yang tak kemas kemas tu. mana nak kemasnye, ada 2 pengecah terhebat kat rumah tu...aihhh

so inilah hasil penat lelah en suami...alhamdulillah...


oleh kerana budget constraint, so kami buatla sikit sikit nak hias rumah tu. idea asal untuk feature wall kat living room ingat nak pasang wall paper. tapi lepas kira kira dengan en suami, amboih.. beribu jugak. so kitorang explore cara lain menggunakan cat sahaja dengan konsep stripes seperti gambar diatas.

sebenarnya kitorang agak kurang happy dengan kaler yang dipilih. sebab kat katalog lain, dah cat lain pulak. tapi nasibla lepas letak bunga tu dan console table, still boleh diterima. selain tu, kitorang belajar yang stripes di dinding ni baiknya guna 1 kaler pekat sahaja sebagai dominan. macam kes kami, ada 2 kaler disini yang agak dominan iaitu pink pekat dan hijau. tapi nasib baik ok jugak hasilnya kalau tak kitorang cat balik je semua. bukan senang pulak tu nak mengecat belang belang ni. lecehh serta memenatkan.. kalau nak lagi cantik, stripes tu buatla berbeza size. ada yang lebar, ada yang kecik sket, ada yg paling kecik. macam kitorang, buat jela sama size. mana ada masa nak buat camtu. dengan budak 2 orang tu lagi nak handle. tunggula nanti bila diorang dah besar, cat balik dengan stripes yang lebih menarik..hehe

kos jugak takdela mahal, apepun bergantung pada cat yang dipilih. awal awal kononnye nak amik nippon paint, aiyak.. kaler yang disukai itu harganya mahall gitu.. so tukar brand guna federal paint. haha even tak penah dengar tapi balun jela. 13 masking tape pun digunakan untuk menghasilkan dinding ni.

masking tape 3.99x13= 51.90
cat 3 kaler dengan alatan mengecat= 180

so total kos 200+ je.. Alhamdulillah.. :)





Comments

  1. Cantik sofa n table console tu.details pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sofa dgn console table saya beli kt kedai perabot biasa, kedai nikea kt area tmn bukit mewah kajang.
      beli lps tgk kt katalog.
      console table- rm160
      sofa dgn ottoman -rm1280

      Delete
  2. U buat la tips tips deco..i mmg minat deco deco.bole cari idea.sharing is caring.hihihihi.contoh lampu u cantik.u beli kat mana.cerita progress deco rumah u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dlm perancangan.. will try my best insyaallah :)
      lampu tu beli kt ikea, FILLSTA pendant lamp rm99

      Delete
  3. Cantik je cat stripes ni..warna die pn sy suka..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c