Skip to main content

hari hariku di rumah baru

dah masuk 2 minggu bonda di rumah baru, pelangi semenyih 2. pagi pagi dah kena bangun 5.30am. kalau dulu waktu waktu begini masih berselimut lagi. kalau naik keta, pukul 6.15 dah kena make sure kuar dari rumah. kalau tak, alahai depan simpang tesco semenyih tu dah bersusun kereta sesak sampai simpang traffic light ke bangi lama. oleh sebab nak lekas, bonda amik highway LEKAS. kat sini tol rm1.10. lepas tu ke SILK plak, kat sini paling ramai tol booth menanti. dan keadaan agak sesak dari sungai ramal menuju putrajaya. jadi yang nak ke kl ikut highway PLUS pun jem juga. total bayar tol kalau ikut LEKAS-SILK-PLUS rm5.20 dengan jarak perjalanan lebih kurang 40km+...fuhhh...itu tak masuk kesesakan dari tol sungai besi ke federal plak. hadoii letih mengadap jem pagi pagi dan petang. kalau hari hari minggu bonda ikut LEKAS-GRANDSAGA je, toll rm2.10 je.

itu kalau en tom ada meeting luar je baru bonda travel by car. kalau tak, bonda prefer naik tren. dari komuter bangi ke kl sentral rm3.70, dan tukar lrt ke kerinchi rm1.60. dengan perjalanan yang lebih tenang dan lancar. setakat berdiri tu takde hal, jalan laju kejar tren pun xde hal. tapi kalau jalan sesak haaa itu buat hal namanya. bila dah sesak tu tau taula ramai driver kurang sivik dah. kita dah signal pun taknak bagi jalan. potong queue. menghimpit. dan sebagainya yang menyakitkan hati. tapi kalau naik tren bonda tenang je. tutup mata dan tido hehehe... itu kalau pegi keje. kalau balik keje lak sampai komuter bangi pukul 7.15pm. en tom amik dan sampi rumah beberapa minit sebelum pukul 8. gegas mandi dan maghrib. then peluk anak2..rindu! pukul 10 dah kena masuk tido. kalau tak esok layu. hasya pun bonda paksa tido. selalu pukul 11 baru dia betul betul lelap.

kat semenyih ni ramai melayu. jadi senang nak cari barang makanan mentah yang segar dan murah. setakat ni tak pegi lagi pasar malam. sempat pegi pasar pekan je. tapi tengok harga ikan ikan kat situ bonda prefer beli tesco. lagi murah. tesco semenyih pun lagi banyak pilihan compared dari tesco scott garden jln klang lama tu. selain tesco ada mydin, econsave jugak. tapi tak menyempat nak gi situ lagi. so ada banyak lagi nak di explore. kepenatan itu lumrah. bonda kena kuat. dan terima kasih kepada ibu bonda. yang sudi jaga anak2 ku. kalau takde beliau, memang masak bonda. mana nak hantar amik anak kat nursery, nak masak, ngemas umah lagi... i love u ibu...

Comments

  1. Salam. Nk tanya, dari taman pelangi tu nk ke kL pagi2 weekdays selalu ambik masa berapa minit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya keje kt bangsar south kerinchi. so, kalau kuar dr pelangi semenyih kul 6.15am, saya akan smpi tol sg besi kul 7am dan smpi area taman desa/jln klang lama 7.15am. dlm 730-740 saya dh smpi opis. tapi, kalau kuar 6.30am dan lebih, kt semenyih tu dh jem sesangat. dan smpi kl xtaula nk ckp. saya penah sampai opis pukul 9am bila terlewat kuar dr rumah 6.40am... harap saya menjawab soklan..

      Delete
  2. kuar 6.15?so subuh cmne.skang subuh 6.11am rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh siap2 pakai telekungla tgu azan. hbs subuh terus gegas kuar. sbb tu sy naik tren je skrg. gerak dr rumah dlm 625-630.

      Delete
  3. oh jgn marah.sy tnya since sy pun nk pindah situ jgk nnt.baru dapat kunci.umah sy fasa 2..lmbt lg la nk masuk.tgh tunggu reno sket.grill etc..etc..btw tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana de saya marah. ok, selamat berpindah rumah baru.. mesti byk reno kan. apepun tahniah dan selamat berjiran setaman :)

      Delete
  4. salam.kat mana nk cari pengasuh kat pelangi semenyih 2 ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. sblm ni ada nmpk banner nursery nak bukak kt PS2. tp lps tu xde dah. dan ada gak dpt flyers iklan psl pengasuh. dan sygnye saya terbuang plak. myb blh cuba cr kt bndr tasik kesuma. saya pun akan try tolong crkan. dan klu ada sy post kt blog saya ye insyaallah...

      Delete
    2. Saya menawarkan perkhidmatan mengasuh anak2....call or sms 0126850290...tq

      Delete
  5. Assalam...nak tanya lah kalau pekan semenyih betul2 jem pukul berapa waktu pagi..sebab saya pun dah terbeli rumah di Tasik kesuma....bekerja di Bangi jer..cuma nak budget masa dgn lg sempurna...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. terbeli ye? hehe samala dgn saya. mungkin tergoda dgn harga rumah dan design nya, hingga sy terlupa faktor lain.

      jln semenyih ni susah nk ckp sbnrnye. kdg xde ape pun blh jem. tp sy xtau nk ckp psl timing tu. sbb selalu sy mmg kuar dlm 630 cmtu. time tu mmg jalan masih ok lagi. klu g ktm bangi, sy leh smpi ktm bangi lama dlm kul 7am. ikut jalan bangi lama. tp mgu cuti sekolah ni mmg best, jln lancar je x jem. pg td sy gerak dr rumah kul 7am. x jem langsung smpi kl...

      Delete
  6. Itulah sebab hari minggu sekarang ni memang saya ulang alik rumah dari putrajaya ke tasik kesuma...masalah jemnya sampai ke pekan semenyih kat simpang 3 tu dah clear...maybe simpang banyak n kete nak kuar masuk...ada jugak try ikut bangi lama..tapi rasanya kena duduk dulu kat semenyih ambik cuti 3 hari kena rasa jalan jem waktu pagi kot...kawan2 ofis kata saya ni gila sebab duduk kat semenyih masalahnya itu aje kemampuan sekiranya nak beli rumah...kat bangi jangan cakaplah harga semua dah 300k ke atas...dan mungkin sekolah pun banyak kat pekan semenyih maybe itu pun satu punca kesesakan jalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. okla kot bangi semenyih... compare saya bangsar. husband lak shah alam. itu br lah leh kata giler heheh...hari2 blk keje dh cam blk kg. siap benti kt r&r lagi hehe. tp dah itu je mampu utk penuhi impian dok umah tanah...

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Assalam..nak bertanye..kalau dari pelangi semenyih 2 nak ke tol lekas...agak2 jem tak kalau keluar pkl 6.30 am? Saya plan nk beli rumah di tps2.mintak tlg kawan2 kt sini bg info.saya bekerja di cheras.

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum..saya akn berpindah ke ps2 feb ni..banyak tak tadika area situ..saya dapat sewa umah di ps2 amber..tq...

    ReplyDelete
  10. Assaallamualaikum...area ps2 amber ada banyak tadika tak? Saya nk berpindah ke sana feb ni...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt... tadika ke taska? byk tu xdela sgt.. amber ada satu taska. kt jln tps 2/11.. sebaris rumah saya. klu tadika lak, kat oakberry je setakat ni yg ada...tadika johan ceria, tadika pasti. kt bhg kedai dpn tu dah ada smartreader..

      Delete
  11. Salam....
    Kot mencari pengasuh persendirian...saya ada d luar cikit..bdr rinching sec 5....skunk pon mengasuh anak member dr tps2 gak...
    Minat boleh sms d 0126850290...pengambilan terhad..:)

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan..
    sy akan pindah kat pelangi semnyih tu..rafflesia..mmg weekend balik umah tu ..kalo x dudk balakong...rase takut nak pindah sbb jemla...kerja kat sg.besi...
    huhu...rase2 dlm kul bape ye patut sy kuar ..sbb msk kul 8.00 am...

    lg satu sy pun tgh pk nak hantar anak kat mane..sian kat dia lak....

    akak umah kat mane ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan, klu naik keta kuar dlm 600 la kot sbb masuk opis kul 8 kan.. skrg sy dah naik moto.. tu yg x pasti dah timing naik keta tu..
      taska ada 3 je, ummu ain, pasti dgn permata zara.. ummu ain kt passi, pasti kt oakberry, permata kt amber.. pasti dgn ummu ain mmg dah ramai sgt.. saya suggest permata zara la sbb sy pun hntr ctu.

      Delete
  13. Salam.. Boleh tau tak rate harga permata zara untuk baby bawah 1 tahun berapa ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... x silap rm350. klu nak tanya leh call owner, mila 0126847456

      Delete
  14. salam...sekarang ni masih teruk ke jem kat pelangi semeyih?rumah sy depan main road.. oakberry yg sebaris dgn show house. kami lom duduk situ,,kadang2 sy pon seram nk pindah sana..sll jugak geng dr sana pos gamabr2 kesesakkan kat sana..sabtu ahad kalau kami dpt sana pon jem...tu belum hari bekerja lagi..insyallah nk pindah hujung tahun depan..
    agak2nya bila jalan baru di SP tu siap? rasenye kalau jalan tu dah bukak mungkin ade kurang sikit jem tu...mungkin la kot? -muni-

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, bakal pindah ke TPS2 hujung tahun 2014 ni dan berkerja di Bangsar South. Nak naik motor, motor takde. Nak naik kereta kena keluar pukul 6am. Mungkin bwk kereta ke stesen batang benar pastu naik KTM smp KL sentral then tukar ke LRT la jwbnye.

      Simpang SP setia tu paling awal sy jangka hujung tahun depan, tengok dia progress banyak lagi nak kena buat tu

      Delete
  15. nk tnya pelangi semenyih 2 ni dlm kwsn semenyih @ beranang ye? sbb kalau tak silap ps2 ni btol2 sblh tasik kesuma beranang

    ReplyDelete
  16. Salam..sy mencari budak untuk mengasuh di rumah..sy ada pengalaman 4tahun mengasuh and ada sijil kaak..if ada yg tengah mencari pengasuh untuk anak2 anda..boleh contc sy ok..

    Location: batu 3,jalan bangi lama..dekat dengan tesco semenyih,ecohill,bandar seri putra,bandar bukit mahkota

    if ada yang berminat boleh terus contact @ whatsapp sy..019-2485440 (nabielah)

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum, saya baru berpindah ke bandar rinching seksyen 5, ada info nursery yang bagus untuk budak 1tahun dan 3tahun? thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c