Skip to main content

perlindungan untuk keluargaku

terpaku. selepas membaca tentang cerita ni. masa bonda tengok berita pun bonda dah risau nasib baby ni. selamat ke dia? tercampak ke jalan, takda kesan sampingan ke? ibu bapa meninggal sapa akan jaga dia? nasib terbela tak? macam macam soalan bermain di kepala ni.

nasib kita takda sapa dapat tentukan. eksiden ni jugak buat bonda lebih buka mata. apa nasib anak anak aku nanti jika bonda dan suami pergi tak kembali serentak? diorang memang ada nenek, makcik, yang menyayangi mereka. tapi sumber kewangan? bukan mudah membesarkan anak anak jika tiada sumber kewangan yang kukuh. dan aset aset yang bonda dan suami dah ada tu kalau tak diuruskan dengan amanah raya sekarang nanti dibekukan pulak. dah satu hal waris nak tuntut hak. member kata kalau penama mati, harta diberi pada waris paling dekat. kalau ke ibu bonda tak kesah, tapi kalau ke ayah.. bonda sangat3x kesah. kang dilabur kat mak muda plak...oohhh tidakkk.

kerana itu, dengan sesegera mungkin bonda contact agen agen insuran yang bonda kenal. bonda go for yang paling penting, insuran nyawa. medical card go for minimum sebab bonda sekarang dah ada ING medical company punye. sekarang tengah deal dengan agen MAA takaful dan BSN prudential takaful. tengah dok menaip ni tetiba ada orang CIMB plak call inform ada new takaful produk untuk kemalangan. tapi bonda layan kan sahaja. bila bagi soalan tak pandai pulak mamat ni menjawab. pastu putusss...hehe. untuk hariz bonda dah amik takaful pendidikan. tapi untuk second baby bonda nak amik medical card dulu. sebab takut my daughter ni ikut en hubby dan hariz, ada asthma. beribu jugak bonda habis untuk hariz dulu setiap kali masuk wad. nasib ING bonda leh cover spouse dan anak.

dah setel buat insuran ni nanti, baru bonda call amanah raya. nak setelkan semua. hutang2, rumah, kwsp etc semua nak declare. bonda taknak ada yang sangkut nanti. ajal maut di tangan Tuhan. cuma bila dah tiada nanti bonda taknak menyusahkan mereka yang masih hidup especially en hubby dan anak anak yang disayangi itu...

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...