Skip to main content

oh my home! edisi 2 hari sebelum pindah

fuhhh.... ketika entry ni ditulis, bonda memang dalam keadaan letih. sakit sakit badan lepas semalam sehari membasuh rumah. berdua saje dengan en tom. ibunda pula menjaga hariz dan hasya.

bonda dapat kunci 26hb nov lepas, selepas segala urusan pembayaran dan waived berjaya diselesaikan dengan baik. lepas je dapat kunci kitorg pun sebeyla harga untuk grill, barang barang elektrik dll.

tinted
amik dengan minus tint puchong. amik luar hitam dalam silver. sangat suke kaler ni. dari dalam nampak langit kt luar redup saja. ia jua menghalang haba hingga 73%..padanla sejuk je rumah..satu rumah pada mulanya dia caj rm1K. ada sekali bonda nak kensel..dan dan diskaun jd rm800.

grill
kt kawasan rumah ni boleh katakan kontraktor yang sama menapau semua construction rumah rumah kat sini. so, bonda cuba tanya dengan kenalan pakcik yang tinggal di salak sepang. bonda nak tebal besi dalam 1.0mm, lebar 1.5 inci, kaler putih melintang, ada jeriji boleh bukak kt mezzanine dengan master bedroom dia caj 2.4k sahaja sekali diskaun sebab anak buah kawan dia... bonda dah check semalam memang kukuh compare dengan grill yg bonda tengok sebelum ni

wiring, lampu dan kipas
untuk lampu lampu bonda beli kat kedai famous di gugel tu..houses lightings puchong. memang superb servis dia dan murah murah belaka. untuk wiring, deal dengan kawan hubby.

langsir
haaa yg ni paling keciwa nih. sebab kesuntukan masa, dengan anak anak kecik lagi jadi bonda decide nak order je dari supplier en tom. mintak sample untuk price range rm20-30. ikut sample tu memang cantikla kain. even simple dan plain, tapi kainnya tebal dan nampak exclusive. tapi..isk isk bila dah dapat, kain yang diterima saling tak tumpah dengan kain satin biase tu. dengan bidang kecik yang bukan bidang kain langsir, bonda dah agak seller tu menipu lebey...ni tgh tunggu lagi satu kain, jenis lain. taktaula apa ke rupa. kita order dah berminggu tak dapat dapat lagi. en tom diam je. yela tak sangka kawan dia menipu. memangla kita nak murah, tapi kalau ko tak dapat beri dengan harga tu cakapla awal awal. kalau cmni gaya kainnya, baik bonda beli sendiri...

sebab budget constraint, hanya yang diatas je bonda buat untuk masuk rumah ni. tu tak masuk kos nak pindah, kos beli itu ini.. nampak macam takde apa tapi dah berbelas ribu juga habis..

untuk kitchen kabinet, bonda decide buat nanti dulu. nak kumpul dulu duit sampai dapat dapur yang benar benar dihajati. sebab kita pempuan ni memang suka dok dapur kan...

sebab bonda tak buat plaster ceiling, so bonda guna kan konsep industrial style. jenis yang boleh nampakla kabel wire tu. even nampak messy to others, but for me.. i like it. 

apepun, alhamdulillah untuk segalanya yang dipermudahkan....

Comments

  1. Assalam,
    Boleh kongsi alamat @ no.tel @ emel minus tint puchong. Saya berminat nak buat di rumah saya.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam en hakimi..

      no 2791, east road 7, jinjang utara, 52000 KL
      call May 0165647723/016-9756560

      Delete
  2. Salam,

    Boleh tak share contact no yang buat grill tu.
    Saya tengah mencari utk rumah di sepang juga.

    Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila lah mengomen...

Popular posts from this blog

DIY Deko: Ganti kitchen top yang rosak

Table top kayu walaupun murah tapi bermasalah dari segi penjagaan. Bila dah start air masuk, top jadi lembap dan lama kelamaan mereput. Inilah yang terjadi kat dapur kami. Beli rumah ni dah siap kabinet dapur. Tak perasan top nya tu jenis tak tahan. Bila basuh pinggan habis bocor air ke bawah.. Nampak macam ok je kan? tapi kalau tengok dalam kabinet tu menangis (!_!) kayu dalam dah reput, jadi air boleh masuk dalam condition bawah sinki..horror (*_*) Dengan modal yang tak berapa ada, nak ganti top ke solid surface ke granite ke memang tak mampula. So, apa penyelesaian kami? Let's cekidot. Buruk dah dalamnya tu...eeeuuu Awal awal sekali operasi membuang top lama. Cabut kan aje.. tak ambil masa yang lama. Top ni kami beli di IKEA 2 keping yang berukuran 186cm x 2.8cm. Efek ala ala konkrit. Top baru ni ada kena potong untuk letak sink. Guna mesin grinder nak percepat kerja. Guna gergaji pun boleh. Lebihan top selepas potong pun tak banyak. tapi boleh la

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c