Skip to main content

dugaan itu tanda Tuhan sayang pada kita

tajuk entry diatas cukup memberi erti pada bonda kebelakangan ni. memang hidup ni masalah tak pernah habis. masalah kerja, masalah dengan keluarga, masalah dengan suami/isteri pasangan, masalah dengan mertua, masalah dengan anak, masalah kurang duit, masalah terlebih duit, masalah tak cukup masa, masalah bila tak bermasalah pun ada... bila stress dengan masalah, kita hilang pedoman, hilang kewarasan. ada manusia lari dari masalah, menambah masalah pun ada... dan kalau kita rasa masalah kita ni berat, cuba lihat disekeliling, pasti ada yang  lebih hebat..percayalah..

bila kita sakit, masa tu memang kita harap sangat sembuh. hanya Tuhan je yang boleh menyembuhkan penyakit kita, diiringi dengan usaha jumpa doctor, makan ubat, operation dan sebagainya. kalau kita miskin, kita tau hanya Tuhan je yang mampu menurunkan rezki, kerana Dia Maha Kaya. kalau kita usaha macamana pun tapi Tuhan belum bukakan pintu rezki itu untuk kita memang tak boleh nak buat ape dah. redha dengan takdirNya, dan yakin pasti ada hikmah yang kita tak tau...

dalam rumah tangga, tak penah lagi jumpa pasangan yang takde masalah. ko carila calon yang rasanya macam the best in the world, tapi lepas kahwin je baru kita tau the real nya dia. tapi at the same time, kita pun kena tengok diri kita. jangan nak pasangan je buat itu, buat ini untuk kepuasan kita, tapi kita sendiri macamana... tapi kadang kadang kita dan pasangan ok je, tapi orang luar lak masuk campur urusan rumah tangga. lagi haru... berdasarkan pengalaman, masalah dengan pasangan la yang paling kena banyak sabar. kena pandai communicate. kena pandai amik hati. kalau nak ikut rentak memasing, memang boleh ada harapan la nak menambah rekod pasangan bercerai yang makin mencanak canak di malaysia ni.. yang penting dua dua kena ada inisiatif. jgn harap sebelah pihak je. contoh kalau lelaki jangan lebihkan ego dari segalanya. yg perempuan lak, jangan ingat kita je betul..

selain tu bila kita ni dimurahkan oleh Tuhan dengan rezki melimpah ruah, cakap je nak beli apa, nak melancong kemana...itupun dugaan. kalau kita kaya, tapi adik beradik sedara mara dan orang sekeliling kita susah, jangan pandang sebelah mata. apatah lagi mengutuk. maksudnya kena tolong orang orang yang susah ni. dan bila menolong, kenala ikhlas jangan riak takbur serta menunjuk nunjuk. kadang bukan nak cakapla, bila bukak laman laman sosial, ada status status disitu yg agak berbunyi keriakan, "i baru balik shoping u ollss... i dah grab handbag gucci yg i lama dah berkenan..klu bukan pasal bisnes ni mmg tak merasala.."... err perlukah nak bgtau satu dunia? apa motif? mungkin untuk market the bisnes tapi rasanya tak sesuai kot..tepuk dada tanya diri sendiri.. ini juga peringatan untuk bonda. sebab seriously manusia ni memang pandai menilai orang lain tapi terlupa tentang diri sendiri..haih masalah gak tu..

senang citer, manusia memang takkan lari dari masalah. yang penting kita kena hadapi dengan setabah yang mungkin, serasional yang boleh.dugaan itu mematangkan, masalah itu menjadikan kita lebih hebat dari yang sebelumnya. dan setiap dugaan yang diterima membuat kita lebih mengenal siapa Tuhan kita dan sifat sifatNya sebagai penaung seluruh alam.. Allahukabar!


p/s: tazkirah Jumaat :)

Comments

Popular posts from this blog

suntikan dexa

suntikan dexa or suntikan Dexamethasone adalah untuk mematangkan paru paru bayi. selalunya diberikan kepada ibu ibu yang sudah hampir bersalin tetapi bayinya masih belum cukup bulan. jika sudah terdapat bukaan dan ada tanda tanda kontraksi, doktor akan memberi 2 dose suntikan diantara 12 jam kepada si ibu. sepatutnya lah... tapi keadaan sebaliknya berlaku ke atas bonda. last checkup, bonda diberitahu yang baby bonda kurang seminggu dari umur yang sepatutnya. dan baby agak kecil sedikit. bonda ada mengadu yang perut bonda selalu mengeras dan sakit di pangkal ari ari. lalu doktor membuat keputusan untuk memberikan suntikan dexa kepada bonda,walaupun tiada tanda tanda bonda untuk bersalin. malamnya bonda datang ke hospital untuk suntikan pertama. berdasarkan review, memang ramai yang kata suntikan ni sakit. bonda memang nervous. sepanjang suntikan tu dilakukan nurse, bonda hanya menutup telinga dengan mulut terkumat kamit membaca kalimah Tuhan. ya Allah... memang sakit ye. sakit c...

susu part 2: susu halib's dan susu ilham

kali ni bonda nak berkongsi tentang susu ilham dan susu halib's. pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan susu susu ini dipasaran. sebelum ni bonda dah cuba bermacam jenis susu utk hariz. tp bonda tengok tiada perubahan. selsema, muntah setiap malam, wheezing... sebelum ni memang penah tau pasal susu ilham dr kawan, tapi berat je hati nak cuba. tp minggu lepas, bonda tergerak nak beli. bonda tau hanya mydin je jual susu ni selain order secara online. dan alhamdulillah dalam seminggu ni memang nampak perubahan pada hariz. muntah hanya 2x dalam seminggu berbanding 7-9x. selera makan pun makin bertambah. selsema pun dah takda. buang air seperti biasa. tapi satu benda yang bonda perasan dia dah lebih banyak bercakap dan perangai hariz dah berubah jd lebih baik. dah kurang memberontak dan lebih dengar kata...syukur sesangat. tapi harga susu ilham ni agak mahal jugakla. bonda terasa la sebab hariz memang dah tak bf lagi. 650gm dah rm48.90. sebulan mau mau 8 kotak. lebih kur...

dekorasi - cara mengecat stripes pada dinding rumah

berkenaan post bonda sebelum ni berkenaan stripes di entrance living room , kali ni bonda nak berkongsi step-by-step macamana nak deko rumah dgn style ni.. first skali, guna en google untuk mencari inspirasi. pilih design stripes yg anda berkenaan dihati. nak design yang simple or complicated.. samada melintang or menegak, dan berapa ukuran lebar belang yang dikehendaki samada kecik atau tebal. type je wall stripes..bersepah kuar nanti sampai berpinar mata nak pilih kekeke.. kemudian, dapatkan warna skima or colour schemes yang sesuai dengan sofa, langsir, kaler perabot yang ada dalam rumah anda tu supaya match dgn dinding yang nak dibelangkan. supaya xdela bila dah siap nanti jadi caca merba, serba tak kena. keharmonian tu paling penting untuk seimbangkan warna antara satu sama lain. boleh refer kat pinterest . and here's is a helpful how-to yang boleh membantu anda untuk menghasilkan stripes yang menarik berdasarkan pengalaman bonda dan en suami. Material yang di...