penghujung tahun 2011, bonda tergerak untuk start membaca buku ni yang dibeli semasa awal tahun. sibuk sangat membaca buku parenting, sibuk hal hal duniawi hingga terlupa wujudnya buku ni.
2 hari je bonda dapat habiskan. kesannya ke atas bonda hingga bonda rasa betul betul takut dengan kekuasaan Allah yang mampu membinasakan kita. bonda kembali sedar betapa banyaknya tanda tanda kiamat didepan mata bonda yang selama ni bonda tidak lihat dengan mata hati. betapa pendeknya waktu yang tinggal untuk bonda dan keluarga untuk bergelar khalifah Tuhan. ada disebut yang selepas turunnya Nabi Isa setelah mengalahkan dajal, Tuhan akan menurunkan angin lembut yang akan mencabut nyawa manusia yang beriman walaupun sedikit imannya. dan setelah itu dunia akan dihancurkan dengan yang tinggal hanya mereka mereka yang masih kafir dan tidak beriman. bonda tersentap! adakah aku bakal termasuk dalam golongan yang dijemput oleh angin itu? aku kata aku beriman, tetapi siapa aku sebenarnya bila dinilai dimata Tuhan?
even tiada siapa mampu meramal kiamat, sebagai hamba Allah keyakinan dan percaya akan datangnya hari tersebut perlu kuat. malah dah dicatat dalam rukun iman. jika kita lalai, kita mudah melakukan dosa. kita juga perlu bersedia. bukan setakat amal ibadat sebagai bekalan akhirat, malah bekalan didunia juga. tanda tanda kiamat ada menyebut berlakunya perang besar, gempa bumi, keluarnya asap, dajal, yakjuj makjuj. adakah kita pasti salah satu malapetaka ini terjadi disaat kita dah tiada berkeliaran diatas bumi Tuhan? sebagai manusia, apa yang perlu kita lakukan sebagai persediaan? bila terjadinya tragedi2 seperti ini, pastinya berlaku huru hara... bekalan makanan terputus... tiada bekalan elektrik atau air... berduit pun tapi jika barang2 yang diperlukan terlalu susah diperolehi tak guna juga. bonda berhasrat untuk membuat persediaan itu sedikit demi sedikit. beli makanan dan keperluan yang dirasakn perlu dan boleh tahan lama. biarla apa org nak kata yang penting bonda tak menyusahkan sesapa. en tom pun bersetuju dengan hasrat bonda. bonda pun tak rasa membazir sebab manala tau jumpa lagi zaman ekonomi gawat, dan effect family bonda..sekurang kurangnya bonda dah ada bekalan.
terima kasih Tuhan...
Comments
Post a Comment
Sila lah mengomen...