bila tau je nak jadi ibu bapa, mesti rasa excited. berkobar kobar nak sediakan segala yang terbaik untuk anak anak. belum pun masuk trimester ketiga, macam macam benda dah dibeli sebagai persediaan. semua nak dibeli sebab rasa macam keperluan dan kononnya bukan kehendak. beli kebanyakannya yang branded, almaklum alah membeli menang memakai. anak belum lahir tapi dah habis beribu. tu tak masuk expenses bersalin. tu pengalaman bonda masa anak pertama. bila masuk anak kedua, dah belajar dari kesilapan. beli mana yang penting sahaja. bila jadi mak ni, semua nak yang terbaik untuk anak. masa izz dulu, boleh katakan tiap tiap bulan mesti beli baju baru, mainan baru yang mahal. beratus habis hanya untuk dia. tapi bila tetiba dilanda zaman kegawatan selama setahun, bonda belajar untuk berjimat cermat. beli hanya yang betul betul perlu. susu, pampers memang wajib. baju baru pun beli time raya je. untuk hasya recycle balik baju hariz. setakat baju basahan, xde salah pun pakai baju peninggalan...