last week bonda beli susu ilham sebab halib dah habis stok (wahhh dasatla halib sekarang)... tapi musykil dengan susu ilham kali ni. warna dia lebih putih berbanding biasa yang agak kuning kuning gitu, pastu bila dah campur dengan air susu cair je tak pekat. hariz pulak bila minum macam nak tak nak je. nak tanya pun bukan dia paham. tapi dari reaksi dah boleh tau susu tu tak sedap. huhu mengapa begitu... lepas tu bonda tanyala dengan pengedar susu ilham tu (shazrina, pelangi semenyih). dia bgtau ilham dah upgrade kualiti susu diorang. dan sumber dari Pn fatimah pegawai nutrisi susu ilham menyatakan penambahan pre-biotik kpd kandungan ilham membuatkan susu lebih halus dan berwarna putih kerana gred susu telah dipertingkatkan. jika dibandingkan susu grade A yang lain ia menepati piawaian sedia ada & lebih bagus kerana ada campuran badam, kismis dan terapi la quran. tapi persoalannya, kenapa susu tetap cair walau mengikut sukatan? kenapa hariz dah tak berselera minum seperti dulu...