Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

majlis aqiqah dan hari jadi hasya yg pertama

Alhamdulillah.. minggu lepas hari sabtu bonda buat kenduri aqiqah untuk hasya, buat sekali untuk sambut birthday dia. kebetulan tarikh birthday dia 26, tp bonda sekalikan pada 25hb tu. lewat sket aqiqah ni dpt dibuat. tapi even lewat bonda tetap jugak nak memenuhi tuntutan agama untuk mengaqiqahkan anak sebelum aqil baligh. walau tak wajib tapi sunat muakkad. bila anak dah baligh dah jadi harus. bonda pun belum diqiqahkan lagi, jadi next plan kalau ada rezki nak buat qiqah untuk diri sendiri pulak. kenapa beria nak qiqah? kerana berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:  “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.”  Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu: Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut; Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqa

dekorasi- living room entrance

2 minggu lepas ni dok sibuk mengecat dinding rumah. duduk dah 5 bulan lebih, tapi baru ada masa nak mengecat. sebelum ni sibuk kemas rumah yang tak kemas kemas tu. mana nak kemasnye, ada 2 pengecah terhebat kat rumah tu...aihhh so inilah hasil penat lelah en suami...alhamdulillah... oleh kerana budget constraint, so kami buatla sikit sikit nak hias rumah tu. idea asal untuk feature wall kat living room ingat nak pasang wall paper. tapi lepas kira kira dengan en suami, amboih.. beribu jugak. so kitorang explore cara lain menggunakan cat sahaja dengan konsep stripes seperti gambar diatas. sebenarnya kitorang agak kurang happy dengan kaler yang dipilih. sebab kat katalog lain, dah cat lain pulak. tapi nasibla lepas letak bunga tu dan console table, still boleh diterima. selain tu, kitorang belajar yang stripes di dinding ni baiknya guna 1 kaler pekat sahaja sebagai dominan. macam kes kami, ada 2 kaler disini yang agak dominan iaitu pink pekat dan hijau. tapi nasib baik ok jugak

hasya: 11 bulan

genap 11 bulan hasya baru pandai berdiri... tapi belum pandai jalan lagi. kitorg memang tak kesah pun hasya lambat jalan. sebab sekarang merangkak pun tak larat nak layan. suka sangat panjat tangga.. dengan hariz lak lagi..aduyaii.. so far development hasya lebih kurang hariz. 5 bulan dah mengesot, 7 bulan dah merangkak. cuma gigi hariz 5 bulan dah tumbuh. hasya 9 bulan baru ada.. hasya pun dah pandai lambai lambai kalau kita sebut babai..orang selalu tanya hariz suka kacau adik tak, jawapannya tak... diorang ni terbalik. hasya yang selalu dengki kat abang dia. pagi pagi bangun tido, dia akan merangkak menuju ke tempat hariz. pastu tepuk badan abg dia, takpun tarik rambut. paling best main langgar je badan izz sebab nak gi ke ayah. kitorg mengamalkan co-sleeping dari budak budak ni kecik lagi. guna tilam je takde katil. so tilam queen tu disambung berdua atas lantai. wahhh memang luasla..dan diorang plak tido memang buas. nak nak hasya. even kita dah hadang dengan berbantal b

PRU13:pray for good

bonda sekeluarga akan pulang ke jb sabtu esok pagi. ibu mengundi di serkat pontian, bonda mengundi di taman universiti skudai, dun nusajaya parlimen gelang patah. wahhh calon panas disitu. Lim Kit Siang vs Ghani. bonda tetap follow hal politik, tapi bukan sampai jadi fahaman. sebab ada jenis langsung takleh bawak berdiskusi. dia sorang je la yang betul. tapi ada jugak yang jenis cool. jadi kami saling berkongsi fakta. barulah bonda boleh nilaikan. setakat janji manis dan menifesto semua parti BN, PKR, PAS, DAP boleh bagi. semoga 6 hb mei nanti kerajaan yang dipilih bermula dengan baik, tak kirala BN atau pakatan, semoga malaysia tetap tenang, aman dan sentosa...

jalan jalan ke aquaria

last week sabtu kitorang plan gi aquaria bawak izz dgn hasya. ingat nak gi klcc park sekali main air, tp sebab sekarang tgh merebak wabak H7N9 (yeke no ni..) tu yang cancel tu. biasela kan, lebih baik elakkan dari terkono... si hariz masa queue tu buleh tertido dalam stroller. malas nak kejut sebab dia baru tido. hariz jenis tak penangis kalau kejut, tapi kesian lak nak kaco. bagi dia lelap dulu. dah masuk baru kejut suh tengok ikan... hariz memang excitedla tengok ikan, tapi si hasya lak merengek je. tau la minah sorang ni. dah bawak selimut busuk pun menangis jugak. dia mengantuk tu sebenarnye tapi sebab terang dengan bising susahla nak tido. kalau letak dalam buai tu hmm memang selamatla dia lelap. tapi yang kena melayan nye bonda la. ayah dah layan izz.. (pandai ayah escape...) bonda dan hariz yang baru bangun tido sampai je umah semua lepak.. tapi bestla dpt spent time dengan suami dan anak anak... dah lama tak jalan jalan cmni gara gara kegawatan ekonomi hehe  Hasya