Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

bencana 25 jan

semalam, satu fenomena alam luar biasa berlaku ditempat bonda. ribut seperti puting beliung menyebabkan banyak kerosakan. pokok pokok besar tumbang menghempap kereta. atap bumbung hilang terbang entah kemana. tingkap pecah. dinding bangunan retak. sungguh menakutkan. Alhamdulillah bonda sekeluarga selamat tanpa sebarang masalah atau kecederaan. simpati bonda kepada mereka yang menjadi mangsa. dan apa yang berlaku sedikit sebanyak adalah peringatan Tuhan kepada kita.

hariz muntah muntah

dah seminggu hariz muntah muntah. siang takde masalah, tapi bila malam je kang startla. asal batuk je muntah. tiap tiap malam pulak tu. memang letih bonda dibuatnya, mana taknye..toto, sarung bantal, cadar, baju, kain lap, kain batik alas tido semua kena dibasuh hari hari. satu malam 3-4 kali mesti muntah. dengan keadaan bonda yang sedang pregnant ni lagi, memang letih sesangat sebab bonda tak cukup tidur. en tom juga ringan tulang membantu. Alhamdulillah, suami bonda memahami dan sudi membantu mana yang patut tanpa perlu disuruh. hariz masih bergantung dengan inhaler ventolin, dan singulair untuk kawalan kahak. cuma yang bonda risau badannya yang semakin susut gara gara muntah muntah tersebut. sayu melihatnya....

anak oh anak..

berita terbaru mengenai Amalina Che Bakri melalui sidang videonya membuat bonda tersentak. penjelasan mengenai baju yang dipakainya membuatkan bonda berfikir sejenak. adakah aku nanti sebagai ibu yang bergelar seorang muslim sanggup membiarkan, menggalakkan anak anakku memakai pakaian yang menyalahi tuntutan agama? atas dasar minat kepada fesyen, haruskah aku terus membutakan mata dan telinga? adakah pencapaian akademik semata yang perlu dikejar sekarang ini? hingga jati diri seseorang ditolak tepi? seperti juga yang berlaku kepada Aliff Alfian. dia remaja pintar namun terjerumus juga ke jalan yang salah. siapa yang tak gembira jika mempunyai anak yang pintar. tetapi bonda lebih suka jika anak anak bonda nanti seimbang antara emosi dan intelektual. bonda tak nak memaksa mereka menjadi itu ini. biarlah mereka menentukan hala tuju tetapi berpandukan dari agama sebagai tunjangnya.

armageddon 2012

penghujung tahun 2011, bonda tergerak untuk start membaca buku ni yang dibeli semasa awal tahun. sibuk sangat membaca buku parenting, sibuk hal hal duniawi hingga terlupa wujudnya buku ni. 2 hari je bonda dapat habiskan. kesannya ke atas bonda hingga bonda rasa betul betul takut dengan kekuasaan Allah yang mampu membinasakan kita. bonda kembali sedar betapa banyaknya tanda tanda kiamat didepan mata bonda yang selama ni bonda tidak lihat dengan mata hati. betapa pendeknya waktu yang tinggal untuk bonda dan keluarga untuk bergelar khalifah Tuhan. ada disebut yang selepas turunnya Nabi Isa setelah mengalahkan dajal, Tuhan akan menurunkan angin lembut yang akan mencabut nyawa manusia yang beriman walaupun sedikit imannya. dan setelah itu dunia akan dihancurkan dengan yang tinggal hanya mereka mereka yang masih kafir dan tidak beriman. bonda tersentap! adakah aku bakal termasuk dalam golongan yang dijemput oleh angin itu? aku kata aku beriman, tetapi siapa aku sebenarnya bila dinil

korban cinta

dah lama sesangat bonda tak update blog. kenapa? sbb bonda sedang mengharungi detik paling sedih dalam hidup bonda sebagai anak. parents bonda dah split. diorang dah berpisah. kecewanya sebagai anak susah nak diluahkan. dua dua tak nak beralah. tapi bila dah officially split, ibu bonda plak takleh terima kenyataan. yela, masa marah suma benda kita cakap main lepas. bila dah sedar baru menyesal. bagi bonda, puncanya tu bukan atas ibu. tetapi siapalah bonda untuk menghukum pihak satu lagi. mungkin ada yang tersirat yang diluar pengetahuan bonda sebagai anak. sekarang ni, masalah lain pula timbul. keadaan ibu yang semakin down membuatkan bonda juga tertekan. dengan keadaan bonda yang mengandung secara x langsung bonda juga jadi cepat sensitif. sekarang dah hilang rasa excited nak balik kampung jenguk keluarga. hilang keinginan nak makan makanan masakan ibu. sebab rumah tu dah kosong. sunyi. hanya ada ayah je untuk dijenguk. kadang rasa ini seperti mimpi. macam drama tv. tp inilah realiti